Powered By Blogger

Selasa, 14 Disember 2010

Rahsia Belajar Secara Berkumpulan

Ramai pelajar tidak tahu bahawa belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar sendirian.Dalam Islam pun berjemaah lebih baik daripada berseorangan dalam semua aktiviti.
 Ahli motivasi mendefinasikan “kumpulan” atau ‘team” sebagai “Together Everyone Echieves More”(berkumpulan menjadikan setiap orang lebih berjaya).
Henry Ford berkata “Coming together is a beginning.Keeping together is progress.Working together is success”.(Datang berkumpul adalah permulaan.Berada dalam kumpulan adalah kemajuan.Bekerja dalam kumpulan adalah kejayaan).

12 Ciri-Ciri Belajar dalam Berkumpulan

1.Ada misi,visi dan kecintaan
Misi ialah agenda yang akan dilaksanakan.Visi ialah keseronokan melakukan sesuatu aktiviti atau bidang
2.Setiap ahli dalam kumpulan sama mustahak
Semua orang dihargai dan tidak seorang pun yang terlalu diberi keistimewaan
3.Bekerjasama secara berkumpulan
We must all hang together or we shall be hang separately.(Kita  mesti bersatu atau kita akan disembelih berasingan).
4.Bekerja berseorangan tidak berkesan
Apabila ditanya kepada Thomas Alva Edison kenapa beliau memerlukan satu kumpulan yang terdiri daripada 21 orang pembantu,dia menjawab”Jika saya boleh menyelesaikan semua masalah sendiri,saya akn lakukan”.
5.Setiap ahli kumpulan mesti emainkan peranan yang optimum
Juara kumpulan ialah kumpulan para juara
6.Semua ahli  sehati sejiwa dan sama-sama menyelesaikan masalah yang mendatang
Ingat,memakai  pakaian seragam semata-mata bukan bermakna anda berada dalam satu kumpulan.
7.Selalu bertemu dan mengadakan diskusi dan mesyuarat
Ahli kumpulan yang jarang-jarang mengadakan pertemuan dan mesyuarat tidak akan merasai diri mereka dipunyai oleh sesuatu kumpulan tersebut.mereka tidak mengakui peranan untuk kejayaan kumpulan.
8.Ahli bersikap toleransi.
Kumpulan yang berkesan bukan hanya satu koleksi beberapa orang ahli tetapi sesuatu proses memberi dan menerima
9.Semua ahli berlumba-lumba memberi sumbangan
Jika dua orang bersetuju perkara yang sama,salah seorang di antara mereka tidak relevan
10.Berjaya dalam jangka masa panjang
 Bakat seseorang boleh membawa kemenangan kepada sesuatu pertandingan.Tetapi kerja berkumpulan dan kebijaksanaan akan membawa kemenangan kepada seseuatu kejuaraan
11.Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing
Pembahagian kerja dikalangan ahli dalam kumpulan membahagi(meringankan) tugas tetapi menggandakan kejayaan
12.Elakkan sifat individualistik  (kepentingan individu)
Peribahasa Inggeris menyebut:Seorang tidak mampu mencipta simfoni.Ia memerlukan satu orchestra untuk menciptanya.

Faedah Belajar Berkumpulan
*Pembelajaran aktif meningkatkan semangat belajar
*Menimbulkan semangat bekerjasama untuk mendapatkan ilmu
*Meningkatkan motivasi dan dapat memupuk semangat belajar yang tinggi
*Menjalin persahabatn yang positif
*Menghilangkan rasa bosan dan mengantuk
*Ada bahan tambahan,fakta dan isi daripada rujukan berlainan
*Meningkatkan ingatan kerana perbincangan terfokus kepada sesuatu tajuk
*Berkongsi ilmu                                                                                        
*Belajar bekerja dan mengurus dalam kumpulan
*Latihan disiplin yang tinggi
*Menjimatkan masa
*Dapat menilai pencapaian individu khususnya menilai persediaan untuk peperiksaan

(SUMBER:MAJALAHSOLUSI)

Tengok kat atas tu hah memang banyak kebaikan kalau buat study group.Tapi kadang-kadang dah tak Nampak study group dah jadi bual group pulak.Klau yang dok asrama tu memang rugi la kalau tak buat study group.Kalau yang dok luar pun kenalah buat study group jgak.Kalau la study group tu menjadi hmm.. tak mustahil dapat A ++ dalam exam.Ok all the untuk korang semua dan termasuk saya sendiri…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...