Powered By Blogger

Rabu, 22 Disember 2010

Result PMR keluar ari nie laa…


Amaran keras! Pelajar PMR tidak dibenarkan baca hatta menjeling sekalipun!

Makan tido makan tv makan tido makan tv alih-alih dah nak masuk taon baru so sebelum tu saat ditunggu- tunggu manusia seluruh pelusuk dunia adalah keputusan PMR  maka jadilah hari ini 17 Muharram 1432 Hijriah hari  anak bangsa-bangsa di seluruh Malaysia kelahiran 1995 bergumbira dan bersedih.Inilah waktu dinanti-nanti setelah berhempas pulas tolak tarik dan berpenat lelah batuk selsema demam denggi demam chikungunya selama lebih 270 hari bangun tido terlentang tertiarap  setelah belajar  dan membuat kajian berulang kali.
Semenjak dua menjak sebelum keputusan ini dipersembahkan kepada mak bapak atok nenek saya banyak menerima khabar angin rebut kilat pelakar mengenainya antaranya:

1.Result- result pelajar ini tidak dapat dikeluarkan kerana akan berlaku konspirasi untuk menyeludup result ini antara Udin dan Idin serta teman-teman  menggunakan Proton Inspira melalui Sungai Golok dan go straight to the Narathiwat dan dibawa masuk kok pintu keluar kok tingkap.Result itu akan dikitar semula untuk dijadikan pembungkus nasi lemak.

2.Semua result-result PMR Negeri Kelantan dipalsukan tanpa kasihan belas.Ini dipercayai dilakukan oleh Pak Mat Tempe a.k.a Abang Mat Umbrella untuk memastikan anak mendapat Pelajar Terbaik Peringkat Negeri.Dia dipercayai dibantu oleh Hantu Kak Limah untuk Menceroboh Bilik Kebal dengan menggunakan Kereta Kebal dan Ilmu Kebal.

3.Desas-desus mengenai result akan dikeluarkan secara “Kuca Kokse” atau dengan cara tidak betul. Result ini akan di dikeluarkan bila-bila masa di mana jua anda berada sama ada anda berada di awan biru atau di belakang Cha rumah anda.Dalang utamanya ialah Wikileaks.Namun JPN meminta bantuan Detektif Conan  dan Inspekstor Adham Ramli   yang menyiasat akhirnya berjaya menghalang daripada kejadian yang tidak senonoh ini berlaku.Kini  keputusan tersebut hanya akan dikeluarkan di Wikipedia setelah Malaysia Berjaya menjuarai AFF Suzuki Cup di Jakarta kelak buat kali pertama hasil jaringan Halim Napi dan Zinedine Zidane

4.Van-Van yang membawa keputusan PMR  yang sedang dalam perjalanan ke Kelantan dari Billex Ceballe dipercayai jatuh ke dalam gaung disebabkan semua Pemandu-pemandu Van tersebut sedang asyik menghayati dan menghafal lirik lagu Opick(Baca post Bila Aku Jatuh Cinta Lagi…(Dis)) Dan Lagu-lagu Maher Zain(Baca post Maher Zain Muslim Superstar (Nov))Namun khabar angin ini dianggap tidak betul kerana Keputusan PMR bukannya dihantar dengan van-van tetapi Treler-treler bermuatan lebih.. dan  khabar angin ini tidak mendapat liputan Berita Astro Awani hatta Sinar Harian Edisi Kelantan sekalipon.
 Jadi dengan ini saya mengumumkan bahasa khabar angin+ribut yang sekali sekali hujan dinafikan secara menyeluruh.Buktinya.Result itu akhirnya diberi kepada Ibu-ibu dan Bapak-bapak di rumah sebelum dipelempang atau diterajang dengan penuh kasih sayang

Disini  saya tersangat amat berbahagia kerana Sekolah Saya  (buka pasang piring astro anda anda luas-luas) yang disayangi dicintai dan dikasihi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah telah mendapat keputusan yang amat membanggakan seperti berikut:
(9A=55 orang  ye la  orang takkan la…. Hehe
(8A=86 manusia tidak kira lelaki atau fonfuan
(7A=67 boboyz dan gegurlz
(6A=54 teruna dan dara

Apa yang yang membanggakan mengenai  pencapaian ini ialah semua pelajar hatta seorang sekalipon tidak mendapat D atau C  dan semestinya bukan A atau B dalam  Bahasa  Jawa atau Urdu.Untuk mendapatkan maklumat lanjut  tentang berapa ramaikah orang yang mendapat D bahasa Melayu  dan A 100 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan serta kesahihan maklumat ini layari laman sesawang tidak rasmi sekolah ini iaitu http://padanmuka!korangkenatipu.com  untuk Bahasa Melayu dan http://serveurrightuhavbeenlied.com  untuk bahasa komunikasi Omputih ataupun boleh juga  terus saja ke Ibu Pejabat  Hospital Bahagia Selalu dan Pejabat Utama Tok Penggawa dan Tok penghulu Seluruh Malaysia.Jika anda tidak juga berpuashati dengan yang diberikan sila layari http://teponpejabatskolahla.com.Sekian..

FB dan Pelajar tidak dapat dipisahkan…

Alahai mark zuckerberg…hany disebabkan satu benda yang kau buat semua orang jadi gila! Ya! Jadi taksub dengan mende kau buat.Apa yg hebat sangat dengan FB.Ya FB! Sape x kenal FB? Sape takde FB Kalau kat sekolah tu boleh kira dengan jari kan sape yg takde FB.Jangn ingat pelajar je yang taksub dengan FB cikgu pon ade kan kan!Aura fb memang kuat sekali bukan setakat cikgu dengan pelajr je ade kotkot mak cik-mak cik kantin,pak cik-pak cik tukang kebun pon ade,diarang mana bagitau kita kan?

Seingat saya saya bukak akaun FB nie pada bulan 3 atau 4 taon nie.Tapi masa tu boleh kitakan tak ramai lagi kengkawan saya yang ada fb Tapi tengok la sekarang majoriti semua kelas hamper sebahgian dalam kelas ade FB  bukan setakat sekolah saye sekolah kat bandar2 laen pon camtu kan?Sekolah kat kampong pon jangan ingat ketinggalan zaman,kalau dulu memang la.tapi skrang tak lagi semakin hari semakin ramai ada FB lagi saya membuka .Tapi yang membuatkan saya terkejut adalah sampaikan budak budak 6 tahun pun dah ada FB.Alahai.. apa la yang dia diorang tau pasal FB.Mungkin antara sebab diorang turut ada FB sebab pengaruh daripada ahli keluarga.
Saya nie nak kata kemaruk dengan Fb tu takde la.Tapi mungkin ada tu yang tak boleh satu hari tak bukak Fb boleh jadi demam hahaha! Ye ke?Mungkin.BERSAMBUNG…..

p/s baca blik post ‘‘alahai resultku…” ada tmbahan ckit perenggan ke-3 dengn 4

Selasa, 21 Disember 2010

Alahai resultku….x caye pon ade..

    Fuhh.. akhirnya… tiba juga resultku yang ku tunggu selamo ini.Yela orang lain dah behari-hari dapat surat tuh.Punye la dekat Post opis Machang dengan umah aku.merangkak pon sampai.Tapi harap… ade ke patut orang yang dok kat Jeli jaoh nun disano dapat dulu.nak kate ujan lebat kemaren ye la tapi kemaren dulu tak rasenya.
    
 Itupun mujur la hari nie tak ujan.Karang tak pasal-pasal envelope tu kuyup terkono dek ujan.cik posmen nie pon satu bukannya nak bagitau yang surat tuh dah sampai.kok ye pon bagi la hon ke hape kan?huhu! punya la hepi dapat result rasa nak terjun bangunan pon hado hahaha! Bila  bukak surat tuh tengok punye tengok jelling punye jelling mak aiii! Tekejut beruk kera monyet ade blake.Yang expect dapat A tak dapek pulak.Yang langsong tak jangka bleh pulak.Takpelah kire OK dah tu takde la KO sangat.Bahse Inggeris dapat A biar betul? Ye la grammar tunggang langgang dengan isi cukup2 makan dapat A.Well…hahaha!.Tapi yang membuatkan haku pelik binti anehnya orang yang dapat score paling tinggi dlam kelas tak dapat pulak..Nak kata computer rosak entah…Nak buat camane dah Allah nak bagi rezeki time aje la kan kan kan!

Tapi sungguh  tidak puas hati nie(marah nie marah nie!!) nape la takde terpampang kat kertas result nie ketupusan subjek paling payah Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan dan subjek paling senang nak dapat C PJ&PK.Bukan main tidur terlebih cukup semata-mata nak ulang kaji 2 subjek nie.Bukan main hepi  masa nak bukak nvelop tuh.tengok-tengok hampehh..Sedih la kan tak taw Sivik dapat berapa ingatkan dapat 100 ke 99 ke.Ye la pantang nenek moyang aku dapat B Sivik.Rugi taw kalau takleh result Sivik.Nanti bila kita dah tua mana taw nak cucu cicit kita nak tengok betapa hebatnya atok diorang menjawab subjek Sivik.Mesti diorang akan kata “Wah atok aku bijak jugak masa mudo- mudo dolu ha..dah la bijak hensem pulak tuh patut la nenek gila semacam dengan atok aku..Sayang atok..(Buka post Kembara Kota Machang S1 (Nov) untuk maklumat lanjut)

PJ&PK tu takpe la kan kira logic la dapat B,C hatta D selakipun disebabkan kerajinan kita wat revisi memalam buta.Ye la macam kena ingat kardio la radio la vascular la drakula la macam-macam.Tapi kan kalau yang  dapat A kan memang patut diberi pujian dan tabikan serta hadiah sekalimacam tekan tubi 20 kali dalam masa sesaat (wat lawak pulak dia).Satu dalam seribu kot orang camnie hahaha!

Korang-korang sidang  pembaca nie dapat brape D? Wah kasar Nampak hakhakhak!Ye la asyik nak tanya A je kan rimas tu ade la jugak kan huhuhu!Kalau yang dapat tidak seperti dihajati coba lagi mana la taw bukan rezeki kita kali nie esok lusa mungkin la kot?.Orang laki plak tak payah nak rungsing bimbang resah tak tentu pasal.Kan orang Kelantan selalu cakap” hero tok gaddoh”kan kan! Ok all the best untuk  korang,Esok-esok cuba lagi ye….

p/s entah camanne la aku nak tunjok kat Tan Sri Abah dengan Datin Seri Mama.Mujurlah BI dapat A kalau tidak huhuhu cair taik telinga hahaha!

Waduhh!! Wali Band mau dateng Kelantan sih! Penasaran nieh!


Percaya nggak sih! Kok kamu ama aku nggak percaya sih.Aku ini bukan pembo’ong kalau nggak percaya ya udah.Duli ah.Ya grup itu  namanya Wali Band.masa sih nggak tau.Mungkin ini kali pertama bagi kita ya?.Aku juga terkejut banget bila baca postarnya.Gimana ya feeling orang muda Kelantan? Pastinya senang banget..
Barusan aku baru tau masa aku jalen baren-baren di Kb Mall.Postarnya diletapin betul-betul di adapan toko buku Muda Osman.Ya syiapa yang mau join konsertnya bila sih.Beli aja tiketnya.Tapi arganya aku nggak tau.Bisa aja murah bisa  aja mahal.Kalau nggak salah aku biasa juga dibeli di stesen Shell terpilih.
  
Tempatnya di Dewan Majlis Daerah Machang nggak laen nggak bukan di Stadium Sultan Muhammad ke IV.Gue pikir stadium itu pasti penuh disumbat orang.
Konsert ini dinamakan Konsert Amal Cakna Palestin.Ya pasti  aja uang kutipan dihulur ka sana.Waktu serasa aku 31 Disamber.Ya malem taon baru sih.Kalau kamu mau ke sana ngomong sama aku ya.Ya ia lah invite aku dong.Pasti kamu capek kalau perginya kasaorangan.Mana tau aku ini bias bicara ama vokalistnya.Aku kan bisa ngomong Indon sih.Gampang aja ahh.Kalau nggak mau nggak papa sih.Bisa aja mujuk ama Datuk Seri Daddy dengan Datin Seri Mummy minta disponsoring.Tapi gue rasa nggak mungkin terjadi lorghh.. mana mungkin mereka itu jadi diehard fan Wali Band.diharep nggak ada yang buruk-buruk berlaku ya….

Tapi kenapakan  tidak saja dibawa ke mari Maher Zain  ke sini.Disember ni dia datang balik KL lorghh..Alahai KL jela.Kan lagi bagus kalau dia buat tour keliling Malaysia.Nak tajaan? Aku boleh sponsor anytime huhuhu!Kalau la dia datang Kelantan kan pasti aku orang first sekali yang beli tiket.hakhakhak!  Mana la tahu kan Tok Guru  Nik Aziz nak jumpa dengan dia siap wat konsert lagi..kan kan kan!.Pastu Maher Zain dapat kontrak jadi Duta Budu Cap Ketereh U$D10,000 setahun taskke popular nanti negeri Kelantan di seantero donia ha?

p/s pengetua smk wataniah takde plan ke nak bawak kita orang pegi konsert Maher Zain  bulan dua nanti? Bukan ke bagus kita minat mende-mende camnie huhuhu!

Bila Aku Jatuh Cinta Lagi….



Entah kenapa baru ku sedar yang aku kembali jatuh cinta.It’s something pleasure when I’m fallen in love.Sudah lama ku menyedari si dia tapi aku bagaikan tidak menghiraukannya.Ku tahu ramai sukakannya.Semua orang teruja dengannya.
Tapi dia itu seorang pencuri Ya dia itu memang seorang pencuri.Dia telah berjaya  mencuri begitu ramai hati orang lain.Dia juga dengan selambanya mencuri hatiku.Tapi aku tidak meminta dia mengembalikan kepada.aduhai…!aku begitu tersentuh bila mendengarmu.Selepas aku jatuh cinta dengan lagu-lagu Maher Zain aku jatuh cinta denganmu.mujur saja aku jatuh cinta tidak jatuh longkang atau parit atau sebagainya.Ya aku jatuh cinta dengan lagu-lagu OPICK.Sungguh aneh ya nama tuanmu.Biasala dia itu orang Indon

Aku mengenalinya setelah aku mencarinya di You Tube.Aku begitu suka dengan lagu Bila Waktu Sudah Berakhir.Aku begitu menghayati bait-bait liriknya membuatkan aku begitu tersentuh.Wah! aku juga begitu terpesona dengan lagu Cahaya Hati.Aku juga begitu terpukau dengan lagu Tombo Ati dan Taqwa.Tersangat bayak sekali lagu Opick ini sehingga aku tidak mampu menyatakan semuanya.
Pembaca yang masih belum mendengar pasti memang rugi.So apa lagi cepat-cepat la pegi kat You Tube tu.Takkan nak dengar saje share la kat Facebook.Bagitau kat kengkawan pasal lagu nie.Sure dia orang suka jugak.Jangan lupa yeee…

p/s Wah jiwang tol la entry kali nie entah camane bleh jadi camni mamat sorang nih.. huhuhu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...