Powered By Blogger

Isnin, 29 November 2010

Kembara Kota Machang 2052 S2

 Hari kedua,kami makan nasik biru-biru siap dengan tumis sekali.Memang sedap!Nasik kerbau nama dia.Eh!eh! Nasik Kerabu la.Selepas menjadi ular sawa kekenyangan kami menyusuri Jalan Doktor Seri Taufiq menuju Taman Mahkota yang menjadi tumpuan pengunjung berkeluarga semasa hujung minggu.Bayaran masuk sebanyak RM 3 Amah=RM1.50.Di sini aku dapat menyaksikan bunga tulip dan bunga sakura dan bunga carnation a.k.a bunga taik ayam mengembangkan kelopak  nya dan yang jatuh berguguran di atas tanah.Denagan menggunakan Iphone 3310ku aku menangkap. gambar-gambar untuk menjadikan kenangan.Di taman ini kami berpeluang memberi makan choki-choki kat Kanggaru yang terloncat ke hulu ke hilir tak henti-henti.Tidak terhenti di situ sahaja kami turut mencuba permainan yang tidak terdapat di KL iaitu Congeck Cark Dune elektronik.Wah enjoy giler!Seterusnya dengan menaiki RapidMache kami ke Machang Zoo World.Antara haiwan yang banyak terdapat kat zoo ini ialah bapak beruk,kakak babun,cucu lebah, adik nyamuk,dan sepupu sepapat unta serta banyak lagi.Seterusnya tanpa membuang masa kami ke Wok Yoh In Wonderland.Taman Tema terbesar di kota ini.Di sini banyak permainan-permainan menarik. seperti Roller Costa.Di sini terdapat banyak Maskot-maskot seperti Wok yoh,Said ,Samad,Cik Siti Wan Kumbang,Pok Dogol.Buyung dan banyak lagi.Puas meneroka setiap genap taman tema ini kami bergerak ke Masjid Sofwatul Abrar yang terletak di Jalan Imam Syakir Zamri untuk bersolat Jama' Takhir.Masjid dua tingkap yang berusia setengah abad ini mempunyai ciri-ciri arkitektur Islam ini menawan sesiapa saja yang datang bersolat.
    Awal pagi hari ketiga,kami mengunjungi Pasar Borong Machang yang berhawa dingin di Wakaf Bata.Pasar ini menjual sayur-sayuran dan buah-buahan dan diambil dari Tanah Tinggi Bukit Tiu.Capsicum,kobis,tomato,strawberi,kranberi,blueberi ban macam-macam beri lagi.Dari Pasar Borong kami dibawa ke kampung bersejarah Kampung Hutan Puteh,yang juga kampung  atuk aku masa dia tinggal kecik-kecik dulu.Wah! memang hebatla kampung atuk aku nie.Di sini terdapat  banyak monumen Zaman Kesultanan Melayu II Mutanabbi seperti Istana,Rumah Mewah Buyung,Proton Inspira Buyung,Bedil cicak milik Sek Netok Kampung Kubur. Turut kelihatan di kampung ini ialah Motor Vespa milik Raja Majapahit dan kubu-kubu Askar-askar Majapahit semasa menyerang kampung ini.Penat mengeksplorasi kampung ini kami diajak pula ke Penjara Machang yang dikatakan berhantu.Penjara ini menjadi tempat hantu askar jepun berlatih.Jadi elakkan melawatnya pada waktu malam.Jangan terkejut dan jangan ambil jika kita menjumpai Patung Doraemon atau anak kunci Hello Kitty kerana dipercayai milik hantu Jepun tersebut.sebelum dirasuk hantu jepun  kami segera beransur ke Machang Waterfront yang terletak di tepi sungai Kelantan..Kami menaiki perkhidmatan Machang Cruise yang berlayar di sepanjang sungai.Jangan panik jika anda bertembung dengan Aisberg yang begitu banyak terdapat disin dan menemui bangkai Kapal Titanic II yang yang karam pada tahun 2010.Habis meneroka dasar sungai.inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu.kami dibawa ke Ladang Machang (Machang Farmville).Di sini ada pelbagai jenis barangan yang diperbuat daripada buah machang antara Jem,Coklat,Sabun mandi,Minyak wangi,Soflan dan banyak lagi.Setelah penat membeli barang -untuk dibawa pulang kami singgah di Spaghetti Camp Pune Pack  Restaurant(dahulunya dikenali sebagai Mee Kampung Pek untuk makan malam.Kami begitu berselera menikmati pelbagai jenis masakan Spaghetti yang enak membuatkan kami menjadi seperti ular sawa seketika.Pada malamnya kami dijemput khas untuk menonton Maher Zain World Tour Concert di Stadium Walid Wataniah.baruku tahu bahawa Maher zain baru sahja mendapat taraf Warganegara Machang.Lepas ni boleh la aku singgah kejap kat rumah banglo dia yang masih lagi dalam pembinaan.
   Hari terakhir hari untuk kami membeli belah.Lokasi pertama.Machang Megamarket.Disini membeli banyak barangan seperti Kasut Abibas.Pakaian Jaafar Son,Baju batik,Key chain untuk dijadikan kenangan.Aku turut membeli Jeans Libas untuk aku dan Atukku.Manakala pelajar perempuan antara yang paling seronok kerana dapat membeli Cincin Nike yang diakui keaslian dan kualitinya.Tidak jauh kami kami ke Kolej Islam Wataniah (KISWA)Dulunya dikenali sebagai SMKA Wataniah.Kolej ni merupakan tempat atok aku belajar dulu dan UiTM Machang(kedua di belakang University Oxford ).Di KISWA ada akan nampak kemajuan sistem pendidikannya kerana para pelajar hanya membawa Laptop 1 Malaysia untuk digunakan  di kelas.Kedua-dua buah institusi pendidikan ini banyak melahirkan pelajar-pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa.Pada petangnya pula kami ke Kilang Budu Dutch Lady yang terbesar di dunia.Kami dapat mempelajari proses-proses membuat Cecair  yang berwarna Coklat pekat ini secara tradisional dan menggunakan mesin robot.Seperti yang dijanjikan aku membeli sedozen Budu Dutch Lady kerana atukku memang peminat budu nombor satu.Di rumahnya terdapat banyak koleksi botol-botol dari serata dunia.Malam terakhir antara saat yang tidak kulupakan ialah kami ke Stadium Machang Raya yang terletak di Old Tock Box yang menjadi stadium rasmi  kelab Machang Star United untuk menyaksikan Perlawanan persahabatan antara Machang Star United dengan Machang Star City.Perlawanan ini berkesudahan dengan seri 4-4.Stadium ini yang berbentuk seakan-akan Buah Machang mampu memuatkan penonton seramai 123 ribu orang pada satu-satu masa.Perlawanan Keesokan paginya kami ke MIA untuk pulang kembali ke KualaLumpur.Aku berharap dapat datang kesini lagi mungkin  bersama atukku kalau dia tak nyanyuk lagi la....

(rekaan semata-mata)
(hak cipta terpelihara Tilmiz Imtiaz 2010)

1 ulasan:

  1. Excellent,.. kreatif betol junior2 wataniah kawe loni.. Congrates atas usaha adik.. teruskan catitan pena blog ini tapi kalau boleh.. pastikan each of the entry punya matlamat n mesej yg cukup jelas utk tatapan pengunjung.. Moga kejayaan mengiringi adik tilmiz..( dunno ur actual name)..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...