Sabtu, 27 November 2010

Kembara Kota Machang 2052 S1

Hari ini 1Disember 2052.Aku kini berada di KLIA.Aku menyertai kawanku  menyertai Kembara Kota Machang 2050 yang dianjurkan oleh sekolahku SMK Datuk Seri Anwar Ibrahim (SMKDSAI) Petaling Jaya ke tanah tumpah darah atukku,Datuk Seri Ashraf Ab Aziz.Kembara ini ditaja oleh syarikatnya,White Forest Holding.Perasaanku kini semuanya bercampur gembira,happy,teruja,excited,angau,sengau,farohun wassururun semuanya ada.Kami baru sahaja ke Money Changer Counter untuk menukarkan wang Ringgit Malaysia kepada Riyal Machang.RM1=RM2.Wah!! memang murah.Aku turut membeli Dinar Machang dan Dirham Machang.Kami kini sedang menunggu pengumuman untuk menaiki pesawat.Ada rakanku yang lain sedang membelek-belek Buku Belajar Bahasa Loghat Mache Pantas yang ditulis oleh J.K Rowling.Bagi aku tidak perlu kerana aku sudah mempelajari dengan atukku.Antaranya "gapo tengok -tengok tahu la aku ni semak!" Aku pun kurang pasti dengan maksudnya.
  Kami kini sudah berada di dalam pesawat  Airbus AK252 Machang Airlines menuju  ke Machang International Airport(MIA).Apa yang uniknya tentang penerbangan ini ialah semua krew-krewnya terdiri daripada kaum lelaki sahaja termasuk Pramugara.Aku begitu menyukai slogan Machang Airlines ini "Mudoh Baso Sene Kiro" yg bermaksud Mudah Berbahasa Senang Berkira.Menurut laman sesawang Wikipedia Machang dahulunya diperintah oleh Kesultanan Melayu II Mutanabbi.Machang turut dikenali sebagai March Chunk (UK) Machair (US) Majang (Tanah Arab) dan Ma Chan(China).Bahasa yang digunakan disana ialah Bahasa Loghat Mache,Bahasa Melayu,Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.Tahun ini merupakan Tahun Melawat Machang 2052.Kota ini sering dikunjungi oleh pelancong-pelangcong dari seantero dunia.
   Sejam berlalu,pesawat ini dengan jayanya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Machang di Kelaweh.Wah!!Wow!! Ha?? itu ayat-ayat yang terkeluar dari mulut rakanku.Kami disambut oleh Pegawai-pegawai MIA dengan senyuman dibibir mereka berkata "Selamak Date ko Mache mace-mace ado tok cayo sudoh"lalu ketawa kecil.Setiap seorang daripada kami diberikan Jus Dutch Lady perisa buah Machang.Wah sedapnya sehingga menjilat ibu kaki!.Lain daripada yang lain.Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke tanah kelahiran atukku.Aku sempat membeli Machang Strait Times.Akhbar ini menyiarkan berita yang memang gempak giler!.
  Seterusnya Kami menaiki Kereta api Shinkansen yang menghubungkan New City-March Chunk-Cockle Confluence-Fox Cave untuk pergi ke hotel penginapan kami di pusat bandar.10 minit berlalu kami tiba di Machang Central.Machang Central merupakan pusat pengangkutan Kota Machang.Di sini terdapat perkhidmatan Machang Metro(Monorel),MRT(Machang Rail Train) dan perkhidmatan bas RapidMache serta MachangLiner.Kota ini banyak dipenuhi dengan bangunan yang moden-moden belaka.Kami sampai di Hotel kepunyaan atukku,White Forest Hotel yang terletak di atas Machang World Trade Centre (MWTC) dengan MMetro.Di hadapannya Komplek beli-belah Machang Parade.
   Lokasi pertama yang semstinya kami kunjungi ialah Machang Tower.(MICC).Menara 123 tingkat ini unik sekali kerana diatasnya terdapat replika buah Machang yang berpusing-pusing.Di atas sini aku dapat menyaksikan pemandangan Kota Metropolitan Machang secara 360'.Dengan menggunakan teropong jarak jauh aku dapat membilang gua-gua yang terdapat di Wilayah Fox Cave.Wah! ada musang dok lalu-lalanglah.Aku turut melihat betapa kiut-miutnya kerang-kerang yang ada kat Wilayah Cockle Confluence.Aku menjadi rambang mata bila melihat pasir-pasir kat Wilayah Golden Sand dan pasir-pasir memutih kat Wilayah White Sand.Aku turut berpeluang melihat gaya hidup orang Siam kat Wilayah Tune Park dan dapat mengira Golok-golok yang ada kat Go Lock River.Sudah puas kami meneropong kami turun ke bawah untuk bershopping-mopping kat Machang Megamall.Memang luas tempat ini!Tenang hatiku bila melihat penduduk KotaMachang terutamanya anak-anak muda yang berpakaian sopan dan menutup aurat.Puas meronda-ronda kat sana kami dibawa pula ke Eye On Machang.Setelah membeli tiket kami diberi Lollipop Asam Jawa.Huh!macam budak tadika pulak.Takpelah tanda kenangan.Roda yang berpusing ini begitu menggamit memori.Menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam,MasyaALLAH awesome!.
BERSAMBUNG>>......

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...