Powered By Blogger

Selasa, 23 November 2010

Kesultanan Melayu II Mutanabbi

Alkisah tersebutlah sebuah kerajaan yang dinamakan sebagai Kerajaan II Mutanabbi yang baru diwujudkan di Kepulauan Nusantara ini setelah kejatuhan Kingdom Of 1 Mutanabbi atau lebih dikenali sebagai Republik Choki-Choki Bersekutu(Negara Bebas Kutu).Kerajaan  ini diperintah oleh Tuanku Iqbal dan Permaisuri Zubaidah.Pasangan DiRaja ini memiliki seorang anak yang dinamakan Puteri Daun Pelepah Nyior,Wadhihah. Tuanku Iqbal yang memiliki ilmu kebal itu mempunyai banyak bilik-bilik kebal yang menyimpan beratus-ratus kereta kebal untuk persediaan perang.
    Dalam pentadbiran,Tuanku dibantu oleh Perdana Menteri,Asma' yang lain spesies dengan Drakula,Adnin sebagai Temenggung(Beliau merupakan isteri baru Pak Pandir setelah kematian Mak Andeh),Laksamana Hang Kimi(memiliki kapak peninggalan Toqnye Tonk Get dan Menteri Kewangan iaitu Amni yang langsung tak pernah  lupa nak mintak cukai.Amni juga Dikenali sebagai Ah Ngah adik Ah Long tetapi tidak mengaku Ah Cik  sebagai adiknya.Di istana juga terdapat Dayang-dayang yang terdiri daripada Dayang Izzatul,Dayang Najwa,Dayang Iqah, dan Dayang Aiza.Mereka sangat pandai menari tarian Ngajat,Hip Hop Dance dan tarian Kambing Kepang untuk menghiburkan  Permaisuri dan Tuan Puteri.
   Pada suatu hari,Puteri Wadhihah yang sedang asyik bermain Deck Chock bersama dayang-dayang telah diculik Amirul@Miyo .Tuan Puteri dipercayai dibawa ke Dataran Tinggi Yunnam terus menuju Pusaran Pamir untuk mendaki Gunung Everest.Tuanku Iqbal dan Permaisuri Iqbal yang amat gelisah telah meminta bantuan Ahli Nujum yg sangat fofular,Pipah Ulala untuk membawa balik Tuan Puteri.Pipah Ulala merupakan Ahli Nujum yang langsung tidak tahu mengeja a,b,c itu baru saja keluar bertapa dari Gua Cha, namun tidak berjaya membawa pulang Puteri Daun Pelepah Nyior.
  Akhirnya dengan rela hati Buyung a.k.a Cherah yang fasih berbahasa Urdu bersama Laksamana Hang Kimi membantu dan berjaya menemui Tuan Puteri yang hanya berada di Lek Hulu Guangzhou dalam keadaan sehelai semangkuk  tidak seperti yang dilaporkan.Tuanku yang happy terguling-guling itu menghadiahkan Buyung Proton Inspira dan sebutir pingat emas dari Lek Hilir Guangzhou
   Kerajaan ini semakin maju dengan aktiviti perdagangan.menyebabkan Kerajaan Majapahit cuba menguasai Kerajaan II Mutanabbi.Kerajaan Majapahit dipimpin oleh Wak Sukarno Widoyono Subaksorodono a.k.a Tuanku Nabil yang merupakan sepupu-sepapat Parameswara.Tuanku Nabil  mempunyai seorang anak Puteri Niswa merupakan keturunan ketujuh Cik Siti Wan Kembong..Tuanku Nabil memiliki banyak Motor Scrambler dan Vespa kepunyaan Mok Wonya.Pada waktu petang Tuanku menggunakannya  untuk bersiar-siar bersama tukang kebunnya.
   Tuanku Nabil telah mengarahkan tenteranya yang dikenali sebagai Kikilala Gurlz.yang diketuai oleh Dir Ratna(Kakak Obama Bin Budin,Najihah yang bercita menjadi Angausawan pertama di Majapahit,Izzati (girlfriend Pak Mat Tempe) dan Syasyayang begitu pandai menyanyi lagu Tarakucah tarakucah cah versi orang Jawa.Mereka menyerang Kerajaan II Mutanabbi dengan menggunakan meriam buluh peninggalan Alfonso De Albekahtapue.Namun usaha itu berjaya dipatahkan oleh tentera II Mutanabbi yang glamour dengan nama Sek Netok Kampung Kubur yang disertai oleh Natasha(yang gemar menyanyi lagu Itik Gembo-gembo,Mehiran(yang mempunyai tabiat duduk atas zin kerana minatkan Maher Zain,Hidayah(pelakon utama filem Zomba Kampung Betik0 dan(Aisyah pencipta asal lirik lagu WakaWaka.Mereka menyerang tentera lawan menggunakan Alu lesung kepunyaan Permaisuri Zubaidah dan Bedil Cicak yang dibeli secara borong di EconJaya.Usaha itu akhirnya berjaya menyebabkan Kikilala Gurlz tidak lagi berani menyerang II Mutanabbi.Sek Netok Kampung Kubur itu dihadiahkan cincin tembaga setiap seorang
 Kerajaan ini menjadi aman damai kembali dan terus berkembang maju..Disini juga tinggal watak-watak dongeng seperti Alice In Redland.Hilai tawanya boleh sampai sehingga 10 km jauhnya dan membuatkan itik angsa bertempiaran lari.Prince Chermin kembar Prince Charming a.k.a Tarmizi turut ada.Dia merupakan Peminat kartun Udin Dan Idin di saluran 8+1 dekat di jiwa.
  Tanpa disangka-sangka suatu penyakit telah menyerang rakyat kerajaan ini yang dinamakan sebagai Penyakit Taik Hidung Berkulat Cepat Basi (H2N2).Dengan segeranya penyakit itu berjaya dihapuskan oleh Doktor Taufiq(baru saja menjadi orang pertama yang berjaya mendapat Phd(dalam bidang engineering) di University Of Tanjonk Rambootanc Silver State.Dia memberi ketupat basi dan cili boo untuk dilumur di seluruh badan
  Berkurun lamanya.,Kerajaan II Mutanabbi telah menguasai seluruh pelusuk Kepulauan Nusantara dan kini berusaha menakluk New York City

(rekaan semata-mata tidak kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah mati)
(hak cipta terpelihara@tilmizimtiaz)

3 ulasan:

  1. Kerajaan majapahit akan jatuh setelah penceraian antara Raja dan Permaisuri.Sedang dibicrakan di mahkamah.hehe

    BalasPadam
  2. happy:ya.yang nie reka2 sindri
    amirul:harap2 tidak berlaku huhu!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...