Powered By Blogger

Ahad, 30 Januari 2011

Maher Zain - Insha Allah (Malay Version)

Maher Zain - Insha Allah (Malay Version)

salam! macam tak percaya pulak bila lagu InsyaAllah versi melayu dah keluar.Ingatkan nak keluar masa dia nyanyi kat konsert nanti rupanya tidak.tekan je play wah naik bulu roma kelas gitu!kalau dulu kita dengar versi English  n then versi Arabiyyah,versi Franchais dan versi Turkce ni VERSI MELAYU PUNYA! pas ni saya nak promote kat kengkawan FB pulak


LIRIK LAGU
 Andainya
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
segalanya suram bagai malam yang gelap
Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

<chorus>
InsyaAllah.....InsyaAllah
InsyaAllah.....ada jalannya

Andainya
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Jika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Kembalilah
Kepada yang Esa
Yakin padaNYA,Panjatkanlah doa
Ooo..Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar...jalan yang benar
Jalan yang benar...

<chorus>



Bangkitlah Rakyat Mesir Dunia Belum Kiamat

Salam.saya sebagai seorang muslim saya begitu bsersemangat bila rakyat Mesir yang membuat protes secara besar-besaran menentang kerajaan Si Tua Jahanam Hosni Mubarak.Saya rasa mereka patut membuatnya lebih awal lagi kerana kezaliman yang selama dilakukan Kerajaan mereka.Hampir semua bandar-bandar utama di Mesir dipennuhi dengan penunjuk perasaan.kalau nak tau dari semasa ke semasa bukak channel AlJazeera atau BBC.Awani pon ada.
Bayangkan semua orang dok kat jalan utama memang sesaklah banadar2 kat sana(kalau yang pernah baca Ayat-ayat Cinta mesti masih ingat lagi dengan nama bandar tersebut)Sistem Autokratik disana perlu ditukarkan kepada Sisitem Demokratik.So kawan jangan kata tidak untuk turut sama memprotes.Korang boleh tunjuk tanda protes kat laman sosial FB dngn mencari kata laluan  EGYPT PROTEST,SUPPORT PROTEST IN EGYPT,EGYPT PROTESTS 25 JAN-2011,WORLD INTIFADA NEWS dan banyak lagi

Sabtu, 29 Januari 2011

Red Giant DiGomo Red Warrior di Shah Alam

Salam,Syabas,Tahniah, diucapkan kepada pasukan The Red Warrior kerana telah berjaya meng'gomo selagor habis-habisan.Macam tak percaya jugak Kelantan boleh menjaringkan pada awal masa.Syukur sepakan penalti tu berjay disudahkan oleh NorShahrul Idlan Talaha.Pastu berjaya menambah gol menerusi Piya dengan sepakan percuma Ala-ala David Bekham gitu.
Dengan jersi baru menambahkan semangat para pemain untuk mempamerkan aksi-aksi yang menarik.Tanda Yusmira skrang ni fuyyyoo! maki besar dah.Mesti berlambak-lambak losyen Yusmira kat rumah diaorang nanti.Bukan setakat tu Happy prepaid pun taja kelantan tau.Mesti Shahrul Idlan Talaha guna sebab nak menghilangkan rindu kat bini dia masa nak lawan haha!Korang ada perasan tak yang dia dah semakin berisi sekarang ni wah!lepas kawen cepat betol naik berat badan hahaha!

p/s rindu kat Halim Napi dia ada kat mana sekrang ni erk?

Khamis, 27 Januari 2011

Cuti Kembali Lagi

 Salam hari ini merupakan hari paling bahagia buat aku setakat berbelar pelajar bagi tahun 2011  sebab dapat kembali bercuti panjang.Rutin bagi cuti tahun lepas pastinya kembali diaktifkan.Tapi bagi aku cuti Lunar New Year ni juga patut dikenali sebagai Cuti Kerja Sekolah kerana sebagai seorang pelajar yang kluster lagi berwawasan kami diberikan homework untuk dibuat pada masa ni.Ini bukan bermaksud aku ni tak ikhlas.Bukan ke baik daripada dok buat Peta Atlas edisi baru dan berfacebooking kan?.

Hrap2 la keje dapat disiapkan dan korang jugak kena ingat jangan tiru tabiat ajku yang suka buat keje last minit naya taw tak 2 3 4 pagi belum tentu dapat tidur.sekian saja untuk kali ini dan ingat kalau korang tak nak siapkan keje sekolah sekalipun! korang jangan nak lupa atau buat2 lupa nak mengadap blog Tilmiz Imtiaz.Baca blog ni jugak antara aktivit yang ade faedahnya jugak haha!.

p/s sapa yang nak bagi limau mandarin kat Tilmiz Imtiaz? kecik tapak tangan hutan tropika saya tadahkan!

Khamis, 20 Januari 2011

Rahsia Pemakanan Ilmuwan Islam

MADU
Madu adalah makanan yang berkhasiat.Al-Quran mengiktiraf ia 'shifa' iaitu penyembuh penyakit.Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca ,merancang dan bermesyurat

KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otakAdab memakannya ialah dengan mengadap kiblat,membaca Bismillah, dan selawat tiga kali serta diikuti dengan doa penerang hati

SUSU SEGAR 
Susu berguna untuk kesihatan otak,mempertajamkan ingatan.membekalkan tenaga mental dan fizikal

TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak,badan menjaga ksihatan keseluruhannya

HALIA
Ia mujarab untuk menghindar masalah lupa.Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa  

BUAH DELIMA
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya,sesungguhnya ALLAH menerangkan hatimya selama 40 hari

(Sumber:BeritaHarian)     

Ahad, 9 Januari 2011

Kisah Budak Form 1

Salam,kali nie aku nak post pasal cite memang menarik dan tidak menolak kisah dongeng dan fakta pasal bebudak form 1.Pasti kita akan mengenang kembali kisah bila masuk form 1.Apa yang aku nak cakap dulu adalah pasal size budak form 1 alahai...tak macam aku dulu size hampir sama je.Tapi tahun nie lain sikit aku rasa banyak yang size XS.Tak tahu kenapa kalau yang size S dengan M tuh boleh kira dengan jari sori la ya nak komen je.
   Satu lagi yang  fakta saya nak bagitau adalah tahap disiplin atau "tahap kejurusan" budak form 1 mak kau memang first class omputeh  habaq mai!cikgu suruh itu ini memang takde masalah"no problem" la katakan cakap apa saja peraturan yang ade kat sekolah tuh mesti diorang ikut.Tapi tahap disiplin mereka akan menurun dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, bintang ke bintang.Hanya sikit je yang konsisten dengan perangai diorang.macam peribahasa"Hangat-hangat taik lembu"
  Apa yang paling ku tunggu bila masuk je budak form ialah mereka akan dengan penuh gerun memrhatikan kita dan nak tau apa yang diorang cakap? Assalamualaikum Abang! Wah hepi nya aku jadi senior kau tapi setakat 5 hari bersekolah bagi tahun ni belum ada yang berani mengucapkan kalimat itu kepadaku.Ingat budak  form1 kocik bosar hang mesti hormat Abang Senior.Setahun tua pun tetap namanya senior.Benda nie jugak macam tahap disiplin jugak bila saja memasuki  mid year kata-kata itu masih sekali nak didengar.Maklumla diorang dah tau aku nie tua setahun jek!so jangan nak tunjuk hebat la abang senior hoiii!
    Bersambung......

Seminggu ku di sekolah

Salam,memang hepi tol la kan minggu pertama sekolah empat hari je.Tapi penuh suka duka.Pertama dapat cikgu kelas memang menang sporting giler.Cikgu lain ada yang baru ada yang lama.Tapi minggu pertama dah banyak dugaan hahaha.Tau tak apa mesti la keje sekolah hahaha.Keje tetap keje susah senang kena jugak buat dah nama pon pelajar.Tapi yang paling ku tunggu ialah rehat.Wah! makcik-makcik kantin ku perhatikan  dalam seminggu makin cun melecun la.. huhuhu hah takdelah buat lawak  dia!Dalam seminggu  nie aku perhatikan macam-macam ragam cik-cik pelajar lagi2 budak form 1.Ok harap sesangat minggu seterusnya  takde benda2 buruk berlaku.Kalau keje sekolah tuh tunggu tadah tangan je kalau rasa malas sesangat nak buat tuh kita cuba buka mata buka telinga buka hati dan buka minda.. salam..

Hari Pertamaku di Sekolah

Salam,hari nie aku entah.. macam tak hepi je nak masuk sekolah hahaha.. tapi tu dah lumrah kehidopan saorang tahun demi tahun kena masuk sekolah.Rumah kata pegi daa.. sekolah pulak.. lu apa tunggu-tunggu meyh la sini! Hari ini hujan lebat ianya bukannya hujan berek-berek yang cukup dikenali di kelantan.Tahun demi tahun melangkah wah! dah jadi senior saya ulang sekali lagi ya SENIOR kpada budak2 form1 dan form 2 siap kau! hahaha.Tapi yang sedihnya hari ni dah kena belajar masuk je kelas cikguku dengan penuh semangat masuk ke kelas.huhuhu!tak boleh ke buat minggu orientasi masa ni? ye la masa form 1 dulu tak dapat merasa minggu nie tapi kan kalau buat tiap2 tahun lagi best kenal balik kengkawan lama yang sudah ditinggalkan selama berbulan bulan! belum tentu kita kenal diorang kalau dulu rambut dia spike skrang dah bertukar tembikau hijau.kalau dulu kurus melidi skrang nie entah2 dh jadi tembam sana tembam sini kan!kan! hari nie masuk  jugak ada assembly pengetua cakap itu pk hem cakap ini macam2 tapi penuh dengan maklumat dan nasihat...

Sabtu, 1 Januari 2011

Alasan Korang Tak Nak Ke Sekolah

Salam,setelah lama para pelajar kembali ke habitat asal.Ha manusia pun ada habitat taw!Sekarang kita akan mula keluar dari habitat setelah hampir sebulan lebih berhibernat.Kini pintu pintu pagar sekolah dibuka seluas-luasnya oleh pak cik guard.Sebut saja sekolah macam dah jadi nightmare buat sesetengah orang.macam-macam alasan diberikan untuk tidak kembali ke tempat paling ngeri ni.Macam kat bawah ni

TAK SANGGUP TINGGALKAN RUMAH
Alasannya kesian kan kucing yang tinggal sekor-sekor kat umah Atok pegi travelling Nenek pegi shopping Ayah pegi keje Mak pegi keje jugak Bibik pegi keje.jadi!sapa yang nak jaga Kucing?Nanti kalau  kucing  mati kebulur tak pasal pasal jadi kes dera sebab tak bagi kucing brekfes ngan lunch! kucing kita tu tak makan benda-benda asing dia makan whiskas je

SEKOLAH TAKDE PRIVASI
Kita nie sukakan privasi.tapikan kat sekolah tu takde privasi nak buat apa apa mesti kena jeling2 kat depan belakang.kat sana sini ada orang jalan-jalan je bertembung dengan orang itu takpe lagi tapi jadik susah pulak bila tengok je muka kita "Adik Lee Minho ke nie? pastu mintak mintak plak otograf ngan no.henpon.

CIKGU TERLALU GARANG
Nie mungkin boleh dijadikan alasan yang munasarawak bagi korang.Cikgunya sikit-sikit nak marah takde keje lain kew.Salah je sikit sound sana sound sini.yang takpe lagi bila je time tak siap keje siapla korang!
Cikgu cuba tenang2 sikit kalau hari-hari senyum kan lagi bagus! kan senyum seindah suria!
CIKGU LELAKI HENSEM SANGAT!
Ni jugak antara alasan korang tak nak pegi sekolah.Nie bagi kes pelajat pompuan jo ye!.Disebabkan cikgu-cikgu lelaki yang teaching korang  tuh teramat hensem le sangat membuatkan cair meleleh dan tidak dapat memfokuskan diri dan mengkonsentrasikan apa yang dipelajari.Lagi satu lalu je kat depan korang menguap2 bau Giorgio Armani,Hugo Boss dan segala minyak wangi yang ada kat bumi nih!

CIKGU POMPUAN CUN-MELECUN
Alasan ni bagi budak lolaki jo!entah nak diterima ke tidak! Antara sebabnya sama jugak macam diatas tak boleh give concentration masa cikgu belajar cikgunya dah la cun senyum-senyum pulak kat kita.Selain mereka jugak bukan memakai pakaian yang low class mesti yang ratus-ratus.Labuci sana labuci sini manik kat atas manik kat bawah juga membuatkan kita silau dek pancaran warna -warni  labuci tuh

MAKANAN KAT KANTIN TAK SEDAP!
Kantin kat sekolah menyediakan makanan yang hari-hari sama je nasi ayam nasi ayam nasi ayam  takde ke Yong Tau  Foo ke Nasi Daging Unta ke Kambing Golek ke kan lagi best dan lagi berselera.Satu lagi makanan nya banyak minyak.MakCik nie letak minyak seguni ke?

  Kalau ini alasan yang korang bagi bagi saya bukan satu kesalahan yeke? huhu! itu hak korang kan.Satu je benda yang saya nak cadangkan kat korang kalau korang tak pegi sekolah yang pernah korang bersekolah saya cadangkan kat korang pegi mendaftarkan diri ke Sekolah Menengah Daddy Aku atau SM Sains Datuk Den atau ke MRSM Mak Aku Punye.Mungkin juga anda boleh ke Sekolah Memandu yang berhampiran dengan rumah korang.SALAM ^_^

Selamat Datang Abad Baru 2011

Salam,dengan ini diumumkan bahawa blog ini  masih berjalan dan melangkah selangkah demi selangkah dan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk para pembaca semua....

Garuda tersungkur di Gelora Bung Karno

Amukan Harimau Malaya di Bukit Jalil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...