Powered By Blogger

Khamis, 24 Mac 2011

Konspirasi&Kontroversi&Keputusan SPM 2011

Amaran keras! Pelajar SPM tidak dibenarkan baca hatta menjeling sekalipun!

Makan tido makan tv makan tido makan tv alih-alih dah nak masuk bulan 3 so sebelum tu saat ditunggu- tunggu manusia seluruh pelusuk dunia adalah keputusan SPM  maka jadilah hari selasa  hari  anak bangsa-bangsa di seluruh Malaysia kelahiran 1993 bergumbira dan bersedih.Inilah waktu dinanti-nanti setelah berhempas pulas tolak tarik dan berpenat lelah batuk selsema demam denggi demam chikungunya selama lebih 270 hari bangun tido terlentang tertiarap  setelah belajar  dan membuat kajian berulang kali.
Semenjak dua menjak sebelum keputusan ini dipersembahkan kepada mak bapak atok nenek saya banyak menerima khabar angin rebut kilat pelakar mengenainya antaranya:

1.Result- result pelajar ini tidak dapat dikeluarkan kerana akan berlaku konspirasi untuk menyeludup result ini antara Udin dan Idin serta teman-teman  menggunakan Proton Inspira melalui Sungai Golok dan go straight to the Narathiwat dan dibawa masuk kok pintu keluar kok tingkap.Result itu akan dikitar semula untuk dijadikan pembungkus nasi lemak.

2.Semua result-result SPM Negeri Kelantan dipalsukan tanpa kasihan belas.Ini dipercayai dilakukan oleh Pak Mat Tempe a.k.a Abang Mat Umbrella untuk memastikan anak mendapat Pelajar Terbaik Peringkat Negeri.Dia dipercayai dibantu oleh Hantu Kak Limah untuk Menceroboh Bilik Kebal dengan menggunakan Kereta Kebal dan Ilmu Kebal.

3.Desas-desus mengenai result akan dikeluarkan secara “Kuca Kokse” atau dengan cara tidak betul. Result ini akan di dikeluarkan bila-bila masa di mana jua anda berada sama ada anda berada di awan biru atau di belakang Cha rumah anda.Dalang utamanya ialah Wikileaks.Namun JPN meminta bantuan Detektif Conan  dan Inspekstor Adham Ramli  yang menyiasat akhirnya berjaya menghalang daripada kejadian yang tidak senonoh ini berlaku.Kini  keputusan tersebut hanya akan dikeluarkan di Wikipedia setelah Kelantan Berjaya menjuarai Piala FA di kelak buat kali pertama hasil jaringan Halim Napi dan Khairil Fahmi

4.Van-Van yang membawa keputusan SPM  yang sedang dalam perjalanan ke Kelantan dari Billex Ceballe dipercayai jatuh ke dalam gaung disebabkan semua Pemandu-pemandu Van tersebut sedang asyik menghayati dan menghafal lirik lagu Opick(Baca post Bila Aku Jatuh Cinta Lagi…(Dis)) Dan Lagu-lagu Maher Zain(Baca post Maher Zain Muslim Superstar (Nov))Namun khabar angin ini dianggap tidak betul kerana Keputusan PMR bukannya dihantar dengan van-van tetapi Treler-treler bermuatan lebih.. dan  khabar angin ini tidak mendapat liputan Berita Astro Awani hatta Sinar Harian Edisi Kelantan sekalipon.
 Jadi dengan ini saya mengumumkan bahasa khabar angin+ribut yang sekali sekali hujan dinafikan secara menyeluruh.Buktinya.Result itu akhirnya diberi kepada Ibu-ibu dan Bapak-bapak di rumah sebelum dipelempang atau diterajang dengan penuh kasih sayang

Disini  saya tersangat amat berbahagia kerana Sekolah Saya  (buka pasang piring astro anda anda luas-luas) yang disayangi dicintai dan dikasihi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah telah mendapat keputusan yang amat membanggakan seperti berikut:
(11A++=50 orang  ye la  orang takkan la…. Hehe
(10A+=86 manusia tidak kira lelaki atau fonfuan
(9A=67 boboyz dan gegurlz
(8A=54 teruna dan dara

Apa yang yang membanggakan mengenai  pencapaian ini ialah semua pelajar hatta seorang sekalipon tidak mendapat D atau C  dan semestinya bukan A atau B dalam  Bahasa  Jawa atau Urdu.Untuk mendapatkan maklumat lanjut  tentang berapa ramaikah orang yang mendapat D bahasa Melayu  dan A 100 Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan serta kesahihan maklumat ini layari laman sesawang tidak rasmi sekolah ini iaituhttp://padanmuka!korangkenatipu.com  untuk Bahasa Melayu danhttp://serveurrightuhavbeenlied.com  untuk bahasa komunikasi Omputih ataupun boleh juga  terus saja ke Ibu Pejabat  Hospital Bahagia Selalu dan Pejabat Utama Tok Penggawa dan Tok penghulu Seluruh Malaysia.Jika anda tidak juga berpuashati dengan yang diberikan sila layari http://teponpejabatskolahla.com.Sekian..

Khamis, 10 Mac 2011

SenSaSi Pak CeK Biola!

Salam Semua! ah! lega dapat cuti balik! okey kali ni saya nak post pasal Pak Cek biola.Pak Cek Biola tu kalau korang nak taw dia tu orang Tanah Merah.Kelantan,Meme anok jati Klate hahaha!.Saya tulis entry nie pasal nak ucap terima kaseh bebanyak sesangatla sebab Blog Tilmiz Imtiaz nie dapat masuk bloglist dia.Klau korang tak caye bukak blog dia nhttp://kringg.blogspot.com .Kalau korang nak tengok Blog Tilmiz Imtiaz terpampang kat blog tu.Bukak je blog tu n then korang tegok kat bawah skali dia ada tulis Bloglist 1.Then korang tekan show all.Tenggggggg!!! ko tengok la sindri hahaha! Thannx Abang Rozuan!!!

p/s:sori Kak Ilyia( http://lovekamu.blogspot.com) sebab tak dapat join skali contest cik abang Jejaka Terhangat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...