Powered By Blogger

Isnin, 29 November 2010

Kembara Kota Machang 2052 S2

 Hari kedua,kami makan nasik biru-biru siap dengan tumis sekali.Memang sedap!Nasik kerbau nama dia.Eh!eh! Nasik Kerabu la.Selepas menjadi ular sawa kekenyangan kami menyusuri Jalan Doktor Seri Taufiq menuju Taman Mahkota yang menjadi tumpuan pengunjung berkeluarga semasa hujung minggu.Bayaran masuk sebanyak RM 3 Amah=RM1.50.Di sini aku dapat menyaksikan bunga tulip dan bunga sakura dan bunga carnation a.k.a bunga taik ayam mengembangkan kelopak  nya dan yang jatuh berguguran di atas tanah.Denagan menggunakan Iphone 3310ku aku menangkap. gambar-gambar untuk menjadikan kenangan.Di taman ini kami berpeluang memberi makan choki-choki kat Kanggaru yang terloncat ke hulu ke hilir tak henti-henti.Tidak terhenti di situ sahaja kami turut mencuba permainan yang tidak terdapat di KL iaitu Congeck Cark Dune elektronik.Wah enjoy giler!Seterusnya dengan menaiki RapidMache kami ke Machang Zoo World.Antara haiwan yang banyak terdapat kat zoo ini ialah bapak beruk,kakak babun,cucu lebah, adik nyamuk,dan sepupu sepapat unta serta banyak lagi.Seterusnya tanpa membuang masa kami ke Wok Yoh In Wonderland.Taman Tema terbesar di kota ini.Di sini banyak permainan-permainan menarik. seperti Roller Costa.Di sini terdapat banyak Maskot-maskot seperti Wok yoh,Said ,Samad,Cik Siti Wan Kumbang,Pok Dogol.Buyung dan banyak lagi.Puas meneroka setiap genap taman tema ini kami bergerak ke Masjid Sofwatul Abrar yang terletak di Jalan Imam Syakir Zamri untuk bersolat Jama' Takhir.Masjid dua tingkap yang berusia setengah abad ini mempunyai ciri-ciri arkitektur Islam ini menawan sesiapa saja yang datang bersolat.
    Awal pagi hari ketiga,kami mengunjungi Pasar Borong Machang yang berhawa dingin di Wakaf Bata.Pasar ini menjual sayur-sayuran dan buah-buahan dan diambil dari Tanah Tinggi Bukit Tiu.Capsicum,kobis,tomato,strawberi,kranberi,blueberi ban macam-macam beri lagi.Dari Pasar Borong kami dibawa ke kampung bersejarah Kampung Hutan Puteh,yang juga kampung  atuk aku masa dia tinggal kecik-kecik dulu.Wah! memang hebatla kampung atuk aku nie.Di sini terdapat  banyak monumen Zaman Kesultanan Melayu II Mutanabbi seperti Istana,Rumah Mewah Buyung,Proton Inspira Buyung,Bedil cicak milik Sek Netok Kampung Kubur. Turut kelihatan di kampung ini ialah Motor Vespa milik Raja Majapahit dan kubu-kubu Askar-askar Majapahit semasa menyerang kampung ini.Penat mengeksplorasi kampung ini kami diajak pula ke Penjara Machang yang dikatakan berhantu.Penjara ini menjadi tempat hantu askar jepun berlatih.Jadi elakkan melawatnya pada waktu malam.Jangan terkejut dan jangan ambil jika kita menjumpai Patung Doraemon atau anak kunci Hello Kitty kerana dipercayai milik hantu Jepun tersebut.sebelum dirasuk hantu jepun  kami segera beransur ke Machang Waterfront yang terletak di tepi sungai Kelantan..Kami menaiki perkhidmatan Machang Cruise yang berlayar di sepanjang sungai.Jangan panik jika anda bertembung dengan Aisberg yang begitu banyak terdapat disin dan menemui bangkai Kapal Titanic II yang yang karam pada tahun 2010.Habis meneroka dasar sungai.inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu.kami dibawa ke Ladang Machang (Machang Farmville).Di sini ada pelbagai jenis barangan yang diperbuat daripada buah machang antara Jem,Coklat,Sabun mandi,Minyak wangi,Soflan dan banyak lagi.Setelah penat membeli barang -untuk dibawa pulang kami singgah di Spaghetti Camp Pune Pack  Restaurant(dahulunya dikenali sebagai Mee Kampung Pek untuk makan malam.Kami begitu berselera menikmati pelbagai jenis masakan Spaghetti yang enak membuatkan kami menjadi seperti ular sawa seketika.Pada malamnya kami dijemput khas untuk menonton Maher Zain World Tour Concert di Stadium Walid Wataniah.baruku tahu bahawa Maher zain baru sahja mendapat taraf Warganegara Machang.Lepas ni boleh la aku singgah kejap kat rumah banglo dia yang masih lagi dalam pembinaan.
   Hari terakhir hari untuk kami membeli belah.Lokasi pertama.Machang Megamarket.Disini membeli banyak barangan seperti Kasut Abibas.Pakaian Jaafar Son,Baju batik,Key chain untuk dijadikan kenangan.Aku turut membeli Jeans Libas untuk aku dan Atukku.Manakala pelajar perempuan antara yang paling seronok kerana dapat membeli Cincin Nike yang diakui keaslian dan kualitinya.Tidak jauh kami kami ke Kolej Islam Wataniah (KISWA)Dulunya dikenali sebagai SMKA Wataniah.Kolej ni merupakan tempat atok aku belajar dulu dan UiTM Machang(kedua di belakang University Oxford ).Di KISWA ada akan nampak kemajuan sistem pendidikannya kerana para pelajar hanya membawa Laptop 1 Malaysia untuk digunakan  di kelas.Kedua-dua buah institusi pendidikan ini banyak melahirkan pelajar-pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa.Pada petangnya pula kami ke Kilang Budu Dutch Lady yang terbesar di dunia.Kami dapat mempelajari proses-proses membuat Cecair  yang berwarna Coklat pekat ini secara tradisional dan menggunakan mesin robot.Seperti yang dijanjikan aku membeli sedozen Budu Dutch Lady kerana atukku memang peminat budu nombor satu.Di rumahnya terdapat banyak koleksi botol-botol dari serata dunia.Malam terakhir antara saat yang tidak kulupakan ialah kami ke Stadium Machang Raya yang terletak di Old Tock Box yang menjadi stadium rasmi  kelab Machang Star United untuk menyaksikan Perlawanan persahabatan antara Machang Star United dengan Machang Star City.Perlawanan ini berkesudahan dengan seri 4-4.Stadium ini yang berbentuk seakan-akan Buah Machang mampu memuatkan penonton seramai 123 ribu orang pada satu-satu masa.Perlawanan Keesokan paginya kami ke MIA untuk pulang kembali ke KualaLumpur.Aku berharap dapat datang kesini lagi mungkin  bersama atukku kalau dia tak nyanyuk lagi la....

(rekaan semata-mata)
(hak cipta terpelihara Tilmiz Imtiaz 2010)

Sabtu, 27 November 2010

Kembara Kota Machang 2052 S1

Hari ini 1Disember 2052.Aku kini berada di KLIA.Aku menyertai kawanku  menyertai Kembara Kota Machang 2050 yang dianjurkan oleh sekolahku SMK Datuk Seri Anwar Ibrahim (SMKDSAI) Petaling Jaya ke tanah tumpah darah atukku,Datuk Seri Ashraf Ab Aziz.Kembara ini ditaja oleh syarikatnya,White Forest Holding.Perasaanku kini semuanya bercampur gembira,happy,teruja,excited,angau,sengau,farohun wassururun semuanya ada.Kami baru sahaja ke Money Changer Counter untuk menukarkan wang Ringgit Malaysia kepada Riyal Machang.RM1=RM2.Wah!! memang murah.Aku turut membeli Dinar Machang dan Dirham Machang.Kami kini sedang menunggu pengumuman untuk menaiki pesawat.Ada rakanku yang lain sedang membelek-belek Buku Belajar Bahasa Loghat Mache Pantas yang ditulis oleh J.K Rowling.Bagi aku tidak perlu kerana aku sudah mempelajari dengan atukku.Antaranya "gapo tengok -tengok tahu la aku ni semak!" Aku pun kurang pasti dengan maksudnya.
  Kami kini sudah berada di dalam pesawat  Airbus AK252 Machang Airlines menuju  ke Machang International Airport(MIA).Apa yang uniknya tentang penerbangan ini ialah semua krew-krewnya terdiri daripada kaum lelaki sahaja termasuk Pramugara.Aku begitu menyukai slogan Machang Airlines ini "Mudoh Baso Sene Kiro" yg bermaksud Mudah Berbahasa Senang Berkira.Menurut laman sesawang Wikipedia Machang dahulunya diperintah oleh Kesultanan Melayu II Mutanabbi.Machang turut dikenali sebagai March Chunk (UK) Machair (US) Majang (Tanah Arab) dan Ma Chan(China).Bahasa yang digunakan disana ialah Bahasa Loghat Mache,Bahasa Melayu,Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.Tahun ini merupakan Tahun Melawat Machang 2052.Kota ini sering dikunjungi oleh pelancong-pelangcong dari seantero dunia.
   Sejam berlalu,pesawat ini dengan jayanya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Machang di Kelaweh.Wah!!Wow!! Ha?? itu ayat-ayat yang terkeluar dari mulut rakanku.Kami disambut oleh Pegawai-pegawai MIA dengan senyuman dibibir mereka berkata "Selamak Date ko Mache mace-mace ado tok cayo sudoh"lalu ketawa kecil.Setiap seorang daripada kami diberikan Jus Dutch Lady perisa buah Machang.Wah sedapnya sehingga menjilat ibu kaki!.Lain daripada yang lain.Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke tanah kelahiran atukku.Aku sempat membeli Machang Strait Times.Akhbar ini menyiarkan berita yang memang gempak giler!.
  Seterusnya Kami menaiki Kereta api Shinkansen yang menghubungkan New City-March Chunk-Cockle Confluence-Fox Cave untuk pergi ke hotel penginapan kami di pusat bandar.10 minit berlalu kami tiba di Machang Central.Machang Central merupakan pusat pengangkutan Kota Machang.Di sini terdapat perkhidmatan Machang Metro(Monorel),MRT(Machang Rail Train) dan perkhidmatan bas RapidMache serta MachangLiner.Kota ini banyak dipenuhi dengan bangunan yang moden-moden belaka.Kami sampai di Hotel kepunyaan atukku,White Forest Hotel yang terletak di atas Machang World Trade Centre (MWTC) dengan MMetro.Di hadapannya Komplek beli-belah Machang Parade.
   Lokasi pertama yang semstinya kami kunjungi ialah Machang Tower.(MICC).Menara 123 tingkat ini unik sekali kerana diatasnya terdapat replika buah Machang yang berpusing-pusing.Di atas sini aku dapat menyaksikan pemandangan Kota Metropolitan Machang secara 360'.Dengan menggunakan teropong jarak jauh aku dapat membilang gua-gua yang terdapat di Wilayah Fox Cave.Wah! ada musang dok lalu-lalanglah.Aku turut melihat betapa kiut-miutnya kerang-kerang yang ada kat Wilayah Cockle Confluence.Aku menjadi rambang mata bila melihat pasir-pasir kat Wilayah Golden Sand dan pasir-pasir memutih kat Wilayah White Sand.Aku turut berpeluang melihat gaya hidup orang Siam kat Wilayah Tune Park dan dapat mengira Golok-golok yang ada kat Go Lock River.Sudah puas kami meneropong kami turun ke bawah untuk bershopping-mopping kat Machang Megamall.Memang luas tempat ini!Tenang hatiku bila melihat penduduk KotaMachang terutamanya anak-anak muda yang berpakaian sopan dan menutup aurat.Puas meronda-ronda kat sana kami dibawa pula ke Eye On Machang.Setelah membeli tiket kami diberi Lollipop Asam Jawa.Huh!macam budak tadika pulak.Takpelah tanda kenangan.Roda yang berpusing ini begitu menggamit memori.Menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam,MasyaALLAH awesome!.
BERSAMBUNG>>......

Selasa, 23 November 2010

Kesultanan Melayu II Mutanabbi

Alkisah tersebutlah sebuah kerajaan yang dinamakan sebagai Kerajaan II Mutanabbi yang baru diwujudkan di Kepulauan Nusantara ini setelah kejatuhan Kingdom Of 1 Mutanabbi atau lebih dikenali sebagai Republik Choki-Choki Bersekutu(Negara Bebas Kutu).Kerajaan  ini diperintah oleh Tuanku Iqbal dan Permaisuri Zubaidah.Pasangan DiRaja ini memiliki seorang anak yang dinamakan Puteri Daun Pelepah Nyior,Wadhihah. Tuanku Iqbal yang memiliki ilmu kebal itu mempunyai banyak bilik-bilik kebal yang menyimpan beratus-ratus kereta kebal untuk persediaan perang.
    Dalam pentadbiran,Tuanku dibantu oleh Perdana Menteri,Asma' yang lain spesies dengan Drakula,Adnin sebagai Temenggung(Beliau merupakan isteri baru Pak Pandir setelah kematian Mak Andeh),Laksamana Hang Kimi(memiliki kapak peninggalan Toqnye Tonk Get dan Menteri Kewangan iaitu Amni yang langsung tak pernah  lupa nak mintak cukai.Amni juga Dikenali sebagai Ah Ngah adik Ah Long tetapi tidak mengaku Ah Cik  sebagai adiknya.Di istana juga terdapat Dayang-dayang yang terdiri daripada Dayang Izzatul,Dayang Najwa,Dayang Iqah, dan Dayang Aiza.Mereka sangat pandai menari tarian Ngajat,Hip Hop Dance dan tarian Kambing Kepang untuk menghiburkan  Permaisuri dan Tuan Puteri.
   Pada suatu hari,Puteri Wadhihah yang sedang asyik bermain Deck Chock bersama dayang-dayang telah diculik Amirul@Miyo .Tuan Puteri dipercayai dibawa ke Dataran Tinggi Yunnam terus menuju Pusaran Pamir untuk mendaki Gunung Everest.Tuanku Iqbal dan Permaisuri Iqbal yang amat gelisah telah meminta bantuan Ahli Nujum yg sangat fofular,Pipah Ulala untuk membawa balik Tuan Puteri.Pipah Ulala merupakan Ahli Nujum yang langsung tidak tahu mengeja a,b,c itu baru saja keluar bertapa dari Gua Cha, namun tidak berjaya membawa pulang Puteri Daun Pelepah Nyior.
  Akhirnya dengan rela hati Buyung a.k.a Cherah yang fasih berbahasa Urdu bersama Laksamana Hang Kimi membantu dan berjaya menemui Tuan Puteri yang hanya berada di Lek Hulu Guangzhou dalam keadaan sehelai semangkuk  tidak seperti yang dilaporkan.Tuanku yang happy terguling-guling itu menghadiahkan Buyung Proton Inspira dan sebutir pingat emas dari Lek Hilir Guangzhou
   Kerajaan ini semakin maju dengan aktiviti perdagangan.menyebabkan Kerajaan Majapahit cuba menguasai Kerajaan II Mutanabbi.Kerajaan Majapahit dipimpin oleh Wak Sukarno Widoyono Subaksorodono a.k.a Tuanku Nabil yang merupakan sepupu-sepapat Parameswara.Tuanku Nabil  mempunyai seorang anak Puteri Niswa merupakan keturunan ketujuh Cik Siti Wan Kembong..Tuanku Nabil memiliki banyak Motor Scrambler dan Vespa kepunyaan Mok Wonya.Pada waktu petang Tuanku menggunakannya  untuk bersiar-siar bersama tukang kebunnya.
   Tuanku Nabil telah mengarahkan tenteranya yang dikenali sebagai Kikilala Gurlz.yang diketuai oleh Dir Ratna(Kakak Obama Bin Budin,Najihah yang bercita menjadi Angausawan pertama di Majapahit,Izzati (girlfriend Pak Mat Tempe) dan Syasyayang begitu pandai menyanyi lagu Tarakucah tarakucah cah versi orang Jawa.Mereka menyerang Kerajaan II Mutanabbi dengan menggunakan meriam buluh peninggalan Alfonso De Albekahtapue.Namun usaha itu berjaya dipatahkan oleh tentera II Mutanabbi yang glamour dengan nama Sek Netok Kampung Kubur yang disertai oleh Natasha(yang gemar menyanyi lagu Itik Gembo-gembo,Mehiran(yang mempunyai tabiat duduk atas zin kerana minatkan Maher Zain,Hidayah(pelakon utama filem Zomba Kampung Betik0 dan(Aisyah pencipta asal lirik lagu WakaWaka.Mereka menyerang tentera lawan menggunakan Alu lesung kepunyaan Permaisuri Zubaidah dan Bedil Cicak yang dibeli secara borong di EconJaya.Usaha itu akhirnya berjaya menyebabkan Kikilala Gurlz tidak lagi berani menyerang II Mutanabbi.Sek Netok Kampung Kubur itu dihadiahkan cincin tembaga setiap seorang
 Kerajaan ini menjadi aman damai kembali dan terus berkembang maju..Disini juga tinggal watak-watak dongeng seperti Alice In Redland.Hilai tawanya boleh sampai sehingga 10 km jauhnya dan membuatkan itik angsa bertempiaran lari.Prince Chermin kembar Prince Charming a.k.a Tarmizi turut ada.Dia merupakan Peminat kartun Udin Dan Idin di saluran 8+1 dekat di jiwa.
  Tanpa disangka-sangka suatu penyakit telah menyerang rakyat kerajaan ini yang dinamakan sebagai Penyakit Taik Hidung Berkulat Cepat Basi (H2N2).Dengan segeranya penyakit itu berjaya dihapuskan oleh Doktor Taufiq(baru saja menjadi orang pertama yang berjaya mendapat Phd(dalam bidang engineering) di University Of Tanjonk Rambootanc Silver State.Dia memberi ketupat basi dan cili boo untuk dilumur di seluruh badan
  Berkurun lamanya.,Kerajaan II Mutanabbi telah menguasai seluruh pelusuk Kepulauan Nusantara dan kini berusaha menakluk New York City

(rekaan semata-mata tidak kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah mati)
(hak cipta terpelihara@tilmizimtiaz)

Isnin, 22 November 2010

Tanggal 21 November.....

mengapa tanggal 21nov. menjadi tajuk saya kali ini.ramai yg tak apa benda yg istimewa sangat tarikh ini.tarikh 21 nov  merupakan tarikh telah diisytiharkan oleh PBB sebagai Hari Televisyen Sedunia.Saya pun baru tahu tv pun ada harinya di akhbar.menurut wikipedia tv buat julung disiarkan di jerman pada tahun 1929.thukah korang perkataan televisyen ialah hasil gabungan tele("jauh") dari bahasa greek dan visio("penglihatan ") dar bahasa Latin.rakyat malaysia mula mnggunakan tv sejak tahun 1960-an.kalau dulu tv hitam putih  pastu tv ada warna ha sekarang ni dah ada tv Berdefinisi tinggi(HD) dgn 3D pulak.memang canggih.
   TV sudah menjadi sebahagian dai hidup kita.Ianya menjadi alat utk menyebarkan maklumat dan hiburan kepada kita semua.Tv dan pelajar memang tak boleh dipisahkan.Kebanyakan drpada kita mnjadikan tv sebagai tempat berhiburtahukah korang mengenai kejadian tragik iaitu seorang pelajar lelaki mati kerana remote control.ianya berpunca dripda seorang abang berebut remote dgan adiknya cuba dileraikan oleh kakak mereka dgan mengacukan serpihan kaca ke arah pelajar tersbut dan dgn tidak sengaja terkena paha peljar itu yg menybabkan dia maut.kejadian itu berlaku ketika ibu bapa mereka tiada di rumah. hidup kita pun sama jugak kan .si adik nak tengok TomTomBak kat Ceria.si kakak nak tengok Oh!My Lady kat 8tv,si abang memang tak boleh miss dengan ESPN,si bapak pulak nak tengok Asian Games.si maknya pulak tak sah klau tak tonton hindustan kat Zee tv.Atoknye pulak nak tengok WWE.nenek dengan National Geography Channel.Last-last remote control dah tak nampak rupa....BERSAMBUNG.....

Khamis, 18 November 2010

Cuti-Cuti Malaysia

mase cuti nie apa kite nk bwat.tidur? ya tepat sekali aktiviti membuat peta dunia akan dilaksanakan setelah solat subuh.kadang2 subuh kite pun terbabas.breakfast dgan lunch ye memang xde bezanye kan.klau mcam gitu tiap2 hari memang jimat duit mak bapak kite.bulan 11 dan 12 ini bukan saja boleh dianggap bulan tengkujuh ianya juga boleh diiktiraf sebagai Bulan Tidur peringkat Kebangsaan.ada diantara kita mengomel "alah biase la tidur otak pun nak berehat jgakkan.kalau time sekolah huh jangan harap nak tidur lebih cikit.sebab kerja2 rumah,kerja2 kursus,revisi(itupun kalau rajin)yg sama level dgan Gunung Kinabalu nak kena bereskan".Mungkin bagi pelajar asrama masa ni lah nak ganti balik yang kat asrama tu.tidak dinafikan hidp sebgai pelajar asrama ini ada kalanya memnatkan dek kekurangan tidur.tanpa kita sedari ada jugak di antra kita ada waktunya overslept.bila dah overslept bukan dapat kembalikan tenaga kita tapi membuatkan kita terlalu letih.kita sebagai  pelajar memerlukan sekurang-kurangnya 7 jam  sehari utk tidur.Memang hidup sebagai pelajar tidak akan terlepas dari sebarang kerja.Cuti sekolah ni memang betul2 buat kita bebas.Ingin rsanya kita nak laung kuat2kan"Hoi orang Malaysia Hoi rakyat Dunia lihatlah!lihatlah ak dah bebas walaupun sesetengah cikgu masih memberikan kerja sekolah utk tingkatan akan datang.kerja ini ada yg memberikn maklum balas yg positif tidak kurang juga yang negatif.ada sebilangan kecil drpda kita dah mula mengikuti tusyen.tidak kurang juga yg sudah mula membuat nota2 bagi tahun hadapan.bagi saya ini merupakan satu tindakan yg bijak kerana ianya pasti kurang membebankan kerja rumah kita bila masuk sekolah nanti.

Rabu, 17 November 2010

Maher Zain Muslim SuperStar!

Maher Zain! ada diantara kita sudah hafal hampir semua lirik lagunya termsuk sya sndiri hahaaha!.sya mula mndgar lagunya pda akhir tahun 2009 melalui abg sya yg ktika itu MZ baru mula mncipta nama.prtama kli mndgar lagunya sya begitu tertarik dgan lagu For The Rest Of My Life(wlaupun liriknya sesuai utk suami kpd istri).alunan nasyid komtemporari yg mmang kena dgan jiwa remaja sperti sya ini.Unsur2 dakwah yg wujud dalam lirik lagunya begitu meruntun jiwa jika kita btul mmahami maksudnya.
Teringat sya ketika mempromosi lgu MZ kpda classmates.kini classmates sya pun turut mnjdi die hard fan MZ.lgu yg popular di klangn schoolmates sya ialah barakallah hulakuma mungkin krana rentak lagunya yg sungguh merdu walaupun liriknya ditujukn buat sang mempelai.sekarang kebanyakn majlis kenduri-kndara bnyk memutarkan lgu MZ
Maher zain mrupakan berkuturunan lubnan ini kini menetap di stockholm ,sweden album pertamanya Thank you Allah telah berjaya mencapai mesej dan dakwah yg cube dibawanya.Albumnya mula diterbitkan pda september 2009 kini  terjual bgaikan goreng pisang panas di pasaran Malaysia.bukan itu sahaja.MZ turut popular di laman YouTube.Hampir kesemuanya alunan muzikny ini mencapai hits antarnya InsyaAllah yg mncapai lbih 1juta tontonan.
Pda Oktober lepas,MZ hadir ke Malaysia utk mempromosikan Thank You Allah dan melaksanakan misi
dakwahnya selama hampir 2 minggu di negara ini.sedikit sebayak misinya kini berjaya dgn sokongan media massa dan rakyat Malaysia yg tidak putus2 mmbri sokongn kpadanya.
Kalau dulu bukan main popular lagi tudung Mawi da Datuk K.tak mustahil MZ pun ada design tudung untuk dia.Boleh jadi flat cap yang dipkainya turut dijual di pasar2 malam.
Akhir sekali all the best buat MZ.Mabruk Ya Maher Zain

it's my blog!

Syukur Alhamdulillah krna dgn izinNya sye dpat jgak bina blog.sye create blog ni sbb ats dasar suke2 mungkin sbb sye nie suke bercrite.mungkin blog pertama drpda blogger sperti sye yg berglar plajar nie.hrap2 semua kwan2 dpat mmbrei sokongn yg penuh kpd penulisan sye.skrang masenye bgi sye promte kat diorang.mungkin ade sesetngah drpda kite masih tdak tahu apa itu blog dan susah nak percaye klau tulis blog dpt duit!ye! blogger yg begitu kreatif akn mndpat wang shingga mncecah 4 angka hasil drpda iklan penaja.hrap2 suatu ari nnti sye pun macam gitu jgak.menulis blog harus mempunyai etika.bkan main tulis je,kene ikut fakta dan tidak menimbulkan fitnah.karang x psal2 orang lain saman kite.blog ini adalah blog dari  remaja utk remaja .InsyaALLAH sye akn cube menjage setiap kte2 yg sye tuliskan.Dihrap korang smua dpat membri ulasan2 dan ktikikan2 yg membina serta mengajukn cadangn kpada sya utk mmpelbgaikan intipati blog TilmizImtiaz ini.Akhir skali time kaseh kpda pembaca blog sye yg terawal dan seterusnyew!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...