Powered By Blogger

Ahad, 29 Mei 2011

Syaitan Merah



Terfikir penulis baru-baru ini berkenaan baju-baju atau jersey pasukan bola sepak yang menggunakan symbol syaitan sebagai logonya, khususnya Manchester United. Apakah boleh kita memakainya? Adakah hukumnya harus, makruh ataupun haram?
Ini kerana jersey ini merupakan pakaian yang amat popular masakini, hatta kebanyakan dari muda-mudi sekarang memakainya ketika solat, hatta mengimami solat, khasnya di pusat membeli-belah. Setelah memikirkannya dengan mendalam, ingin penulis kongsikan pandangan penulis di sini InsyaAllah.
Allah swt bersabda di dalam surah Yasin yang sekian kali dibacakan di kalangan masyarakat kita, "Bukankah aku telah mematerikan (menjanji, amaran keras) kepada kamu, wahai anak-anak Adam, bahawa janganlah kamu sesekali menyembah syaitan? Sesungguhnya dia bagi kamu adalah musuh yang nyata. Akan tetapi sembahlah Aku, inilah jalan yang lurus".
Perkataan 'menyembah' di dalam ayat ini, ditafsirkan oleh para ulama' sebagai 'mengikuti sunnah atau jalan, cara hidup, godaan dan bisikan syaitan', iaitu dengan kata lain, bukan hanya menyembah sujud kepadanya. Jelas sekali, tiada apa-apa daripada syaitan yang kita dibolehkan mengambil contoh atau melibatkan diri di dalamnya.
Tambahan pula, berapa banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menganjur dan menyuruh Muslim untuk sentiasa menyangkutkan hati dan fikirannya kepada Allah setiap masa. Antaranya firman Allah swt, "Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah, hati akan tenang". Memakai logo atau symbol-simbol syaitan, nyata-nyata bercanggah dengan ayat ini.
Oleh kerana itu, tanpa ragu-ragu lagi, pada pandangan penulis, adalah haram bagi mana-mana Muslim, untuk memakai logo, simbol, atau apa-apa sahaja yang mengingatkan seorang Muslim kepada Syaitan atau anak cucunya, sebagaimana Rasulullah saw mengharamkan kita memakai apa-apa simbol yang mengingatkan kita kepada agama lain.
Di dalam hadis Sahih Bukhari, Rasulullah saw pernah menegur sahabat baginda saw yang baru memasuki Islam, iaitu 'Adiy ibnu Hatim. Beliau memakai simbol palang di leher beliau, lalu baginda saw memerintahkan beliau agar membuang palang tersebut, kerana itu mengingatkan baginda saw kepada agama Kristian.
Bagaimana agaknya andai baginda saw masih lagi hidup sekarang, adakah baginda saw akan membiarkan kita memakai baju yang ada logo syaitan padanya?
Ini sememangnya perkara yang perlu kita jauhi, terutama ketika hendak menunaikan solat. Bukankah Allah swt berfirman, "Dan dirikanlah solat untuk mengingatiku". Kita berdiri di atas sejadah dengan niat solat, dan di dada kita terletak gambaran syaitan?
Penulis mengharapkan agar umat Muslim masakini sedar bahawa perkara sebegini bukan satu senda gurau, tetapi ia adalah hal yang perlu diambil serius. Dalam masa yang sama, penulis memandang tiada salahnya jika meminati sekian pasukan bola sepak, cuma sahaja simbol yang mereka gunakan perlulah kita kaji dengan teliti dahulu, adakah ianya bersesuaian dengan aqidah kita umat Muhammad saw, atau sebaliknya.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Ustaz Mohd Azri bin Mohd Nasaruddin merupakan seorang fellow UniMAP, sedang menyambung pengajian di peringkat Ph.D Al-Quran & Sunnah(USIM). Penulis boleh dihubungi melalui www.al-wahidah.com.

Rabu, 25 Mei 2011

Dakwah: Holy Water : Hentikan Fitnah Kepada Penganut Kristian



Taip sahaja di internet berkenaan Holy water dan peranannya dalam memurtadkan orang Islam maka pasti anda akan menemui banyak sekali artikel mengenainya. Holy water itu kononnya merupakan air jampi yang amat hebat di mana sekali anda terminumnya, nescaya tidak dapat mengucap dan menjadi murtad.
Jika bernasib baik, anda mungkin dapat mengucap kembali setelah minum air dari tujuh buah kolah masjid. Mengapa hebat sangat air ini? Ada yang mengatakan ia dibancuh khas dari Indonesia oleh Paderi Kristian yang berstatus tinggi. Sesetengah dari mereka pula mendakwa Holy water dibuat di Vatican City oleh Pope Kristian.
Fenomena Holy Water ini cukup menakutkan orang Islam. Tambahan pula, ramai penceramah yang menjaja kisah Holy water ini dalam ceramah-ceramah mereka di masjid-masjid. Kata mereka juga, Holy water bercampur dengan janin yang digugurkan  hasil dari persetubuhan haram paderi lelaki dan wanita.
Subhanallah! Itu merupakan satu fitnah terbesar sekali yang dibuat oleh orang Islam terhadap sahabat kita orang Kristian. Mungkin, disebabkan kerana kurangnya ilmu maka kisah mengenai Holy water ini terus di forward melalui email dan diletakkan di blog-blog peribadi mahupun laman sesawang sosial. Ingatlah teguran dari Allah dalam al-Quran

"Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." [Q5:2]

Sebenarnya, Holy water hanyalah merupakan air pili biasa yang dibacakan sedikit doa dan diletakkan di luar gereja. Apabila penganut Kristian beraliran Katholik ingin masuk ke dalam gereja. Mereka akan mengambil sedikit Holy water ini untuk membuat simbolik lambang salib pada badan mereka. Perbuatan ini merupakan ablution ataupun berwudhuk bagi orang Kristian. Holy water tidak pernah dibuat sebagai minuman. Orang Kristian sendiri tidak meminumnya, hanya sekadar digunakan untuk "berwudhuk".
Cuba fikirkan, jika benarlah ia begitu berkuasa, mengapa tidak sahaja dicampurkan terus ke sumber-sumber air utama penduduk dunia agar mereka semua terus murtad. Dan akhirnya, ingatlah bahawa dengan mempercayai Holy water mempunyai kuasa, maka anda telah berlaku syirik. Jika benarpun ada kes terpencil yang berlaku, maka ia hanyalah kebetulan dan tidak lain dan tidak bukan melainkan tipu daya Syaitan yang amat lemah.

"...dan tiadalah bagiku (Syaitan) sebarang alasan dan kuasa pengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi salahkan diri kamu sendiri..." [Q14:22]

Semoga artikel ini memberi pencerahan pada kita semua untuk tidak lagi mempercayai cerita karut ini dan seterusnya berhenti 'forward' fitnah terhadap saudara kita yang beragama Kristian.


Sumber Grafik: Google Image

Biodata Penulis

Bro Muhamad Na'im B. Ab Razak yang dikenali dengan nama pena jacknaim merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan dari Universiti Sains Malaysia dan mengikuti Kursus Perbandingan Agama Friendly Comparative Religion di IIS Foundation Setiawangsa, Training The Trainer Islamic Education Trust Nigeria oleh Bashir Mundi & Nuruddin Lemu, Bengkel Dakwah Syeikh Yusuf Estes dan Kursus Akar Umbi Kristianiti oleh Bro Amin Yaacob. Beliau juga merupakan bekas penggerak Kelas Peradaban Nabawi USM Kubang Kerian. Beliau aktif menulis di blognya : http://jacknaim.blogspot.com.

http://www.iluvislam.com 

Motivasi: Daripada kegagalan kita belajar


Daripada lompong-lompong kesilapan kita itu, kita belajar. ~ picture by sStranger of Deviant Art


Ramai orang takut untuk silap. Silap dan salah kadangkala dipandang sebagai sesuatu yang amat negatif dalam kehidupan insan. Ya, kalau kita lihat secara sekali lalu – silap dan salah – sememangnya adalah negatif.
Tetapi sebagai manusia, kita tak akan mampu mengelak diri daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Tidak kira sehebat mana pun kita mempersiapkan diri, akan wujud juga keadaan-keadaan di mana kita melakukan kesilapan.
Ramai orang fobia dengan kesalahan dan kesilapan. Kerana mereka takut, ada celoreng hitam dalam perjalanan kehidupan mereka. Namun sebenarnya, kegagalan, kesilapan, kesalahan bukanlah sesuatu yang negatif 100%.
Kita patut memandang kegagalan, kesilapan dan kesalahan itu daripada luar kotak kebiasaan.

Kita ingat kita dah faham
Kadangkala, kita bersedia hingga sampai tahap kita merasakan bahawa kita telah faham atau merasakan bahawa kita telah mampu melakukan terhadap sesuatu perkara.
Untuk soalan periksa kita rasa kita sudah boleh jawab semua jenis soalan. Untuk tugasan kerja kita rasa kita mampu melakukan apa sahaja yang mendatang.
Namun tiba-tiba, kita melakukan kesilapan. Apa yang kita faham rupanya tidak tepat. Apa yang kita siap sediakan rupanya tidak kena dengan apa yang dikehendaki dalam pekerjaan. Kita telah tersalah. Kita gagal mendapat keputusan yang cemerlang. Kita gagal dalam melakukan kerja yang terbaik.
Di sini kalau keimanan itu wujud bersama kita, pertama sekali kita akan pulang bersangka baik kepada Allah SWT.
“Mustahil Allah nak zalim pada aku.”
Hal ini kerana, jelas wujud di dalam Hadith yang ke-24, dalam Hadith 40 Karangan Imam An-Nawawi Rahimahullah: Daripada Abu Zar al-Ghifaari r.a, daripada Rasulullah s.a.w berdasarkan apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya Ia berfirman : “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman…” Hadith Riwayat Muslim.
Maka kita akan melihat semula kesilapan kita itu.
“Kenapa aku silap? Di mana aku silap? Macam mana aku boleh tersilap.”
Dan ketahuilah, apabila kita muhasabah semula, kita akan mendapat satu perkara baru. Pengajaran baru. Yang mana sekiranya Allah izin kita tidak silap dalam kesilapan kita tadi, kita tidak akan mempelajari pengajaran tersebut. Kita tidak akan mengetahuinya. Namun dengan kasih sayang Allah SWT, dengan hikmahNya yang tersangat luas, Allah ingin kita melihat sesuatu. Sebab itu disilapkan kita.
Tidakkah kita memerhatikan?
Keberanian mengambil risiko
Apabila mempunyai rasa tidak takut untuk melakukan kesilapan, tidak takut untuk gagal, maka kita akan mempunyai kekuatan untuk mengambil risiko. Semestinya mengambil risiko sekiranya boleh, kita patut elakkan. Namun akan wujud situasi-situasi di mana, walaupun selepas perkiraan yang rapi, tetap wujud risiko yang menanti. Maka di situlah ketidak takutan untuk melakukan kesilapan tadi memberikan kekuatan untuk mengecas keberanian kita dalam mengambil risiko tadi.
Hal ini kerana, kita yakin bahawa, sekiranya kita tersilap, kita akan mempelajari sesuatu yang baru lagi.
Membaca kehidupan, kadangkala 1000 kali lebih bermakna dari membaca buku
Akhirnya apabila mendalami perkara ini, yakni belajar daripada kesilapan ini, kita akan melihat bahawa kesilapan, kegagalan, kesalahan, itu semua adalah pelengkap kepada kehidupan. Orang yang memerhatikan kesilapannya semula, kegagalannya semula, akan mempunyai kesedaran yang lebih tinggi, kepekaan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah peduli akan kegagalan mereka.
Inilah dia apa yang suka saya katakan sebagai ‘membaca kehidupan’. Bukan sekadar bergantung kepada teori-teori di dalam buku semata-mata. Namun melihat juga apa yang telah kita lalui di dalam kehidupan kita.
Belajar daripada kesilapan, belajar daripada kegagalan, itu semua banyak membantu untuk membina satu peribadi yang lebih mantap.
Tidak semestinya perlu silap dahulu. =)
Ada orang akan berkata kepada saya:
“Kalau macam itu, kita tak payah susah-susah belajar. Biar gagal dulu. Lepas gagal baru belajar.”
Saya tersenyum dan tertawa. Beginilah, mudahnya saya katakan begini:
“Kalau ada orang yang dah pernah terjun dalam api, dan kemudian cakap api itu panas, bersama bukti yang kukuh menunjukkan kecelakaan yang boleh dibawa oleh penerjunan ke dalam api(ada kesan kulit terbakar pada tubuh dia dan sebagainya), agak-agak wujudkah keperluan untuk kita turun ke dalam api juga?”
Tidak semestinya kita perlu silap dahulu. Belajar daripada kesilapan orang lain juga adalah salah satu seni. Namun, apabila tiba masanya bila kita tidak lagi mempunyai pilihan melainkan berhadapan dengan risiko untuk melakukan kesilapan, maka jangan takut. Bersangka baiklah kepada Allah SWT, dan bergeraklah.
Kalau berjaya itu alhamdulillah. Kalau gagal itu, kita belajar lagi. Dan semestinya, bila kita gagal, kita akan nampak sesuatu yang selama ini rupanya kita tidak perasan, melainkan apabila kita gagal.
Kadang-kadang, kejayaan atas angin kita itu, tak punya makna.
Tahukah apa itu kejayaan atas angin? Itulah dia kejayaan palsu.
Contoh, kita berjaya di dalam peperiksaan bukan kerana kita pakar atau faham dalam mata pelajaran tersebut. Tetapi bernasib baik. Bernasib baik kerana sudah ada soalan bocor. Nasib baik kerana apa yang kita baru baca pada malam peperiksaan masuk. Nasib baik kerana, pensyarah tambahkan markah. Nasib baik kerana, kita sudah buat banyak latih tubi, dan jenis-jenis soalan tersebut masuk periksa.
Ini adalah kejayaan yang pada saya tak ada maknanya. Sebab kita sebenarnya tidak akan mampu memanfaatkan ilmu di dalam hal ini. Kita sebenarnya tidak pakar. Kita sebenarnya bodoh. Kita hanya bernasib baik. Berbelas A, atau segulung ijazah tidak bermakna sekiranya kita berjaya demikian.
Maka, dalam situasi ini, pada saya, kalau kita gagal, kalau kita tidak mendapat markah yang baik, kadangkala itu lebih baik. Moga-moga apabila kita gagal itu, kita tergerak untuk belajar lagi, melihat semula mengapa kita gagal. Di mana kita gagal. Agar kita belajar lebih banyak lagi. Faham dengan lebih baik lagi.
Sebab itu kadang-kadang, orang-orang yang bermarkah rendah lebih memahami mata pelajaran, atau pengkhususan dalam kos yang diambilnya. Kerana bila mereka mendapat markah yang rendah, mereka mengulangkaji semula. Belajar semula. Memahaminya semula. Berbanding mereka yang ‘bernasib baik’, cemerlang dan kemudian tidak melihat semula.
Penutup: Melihat kembali hikmah dalam kegagalan. Belajar dari kesilapan.
Pernah seorang pakcik berkata kepada saya, selepas saya kemalangan kenderaan.
“Memang begitulah. Nanti lepas ni, mesti lebih cekap bawa kereta.”
Saya tertawa. Tetapi memang betul. Selepas kemalangan itu, saya jadi lebih cekap. Lebih cermat. Lebih peka. Lebih sensitiv apabila memandu. Tidak leka dan lalai.
Belajar daripada kesilapan.
Tetapi apakah kita mesti ‘mengkemalangankan’ diri kita baru nak sedar?
Tidak semestinya. Kita boleh mula belajar daripada kemalangan orang lain dahulu. Namun begitulah, kadangkala kita dah belajar dah daripada kemalangan orang lain. Kita dah usaha dah untuk cermat. Kita rasa kita dah paling sensitiv dah. Namun, apabila Allah izin kita kemalangan juga, akan terbukalah pintu-pintu ‘kecacatan’ yang selama ini rupanya kita tidak lihat.
Maka daripada kemalangan itu kita belajar lagi. Menjadi yang lebih baik lagi. Lebih baik dari apa yang kita rasa selama ini kita telah baik.
Dan begitulah dalam hal-hal yang lain. Kegagalan, kesilapan, kesalahan, semua itu hakikatnya adalah pengajaran halus daripada Allah SWT. Daripada semua itu, kita belajar,mengambil iktibar. Menjadi yang lebih baik lagi.

http://langitilahi.com

Khamis, 19 Mei 2011

Lipstick Anti Umpat

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya" . Maka Allah menjawab: "Semua kebaikan itu (pahala) datangnya dari orang melakukan umpatan kepada engkau tanpa engkau ketahui".

Sabda Rasulullah: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Basahkanlah Bibir dan Lidahmu dengan Zikir sehingga tiada ruang untuk mengumpat.


وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela
(Surah Al-Humazah 104 : Ayat 1)


 

Isnin, 16 Mei 2011

EiDiL MUaLLiMiN SaiDaH!!





سعيد عيد المعلمين  arab
selamat hari guru melayu
행복한 교사의 날   korea
heureuse journée des enseignants perancis
mutlu öğretmenler günü turki
شاد روز معلم parsi
幸せな教師日 jepun
maestros feliz día sepanyol
खुश शिक्षकों दिन hindi
glücklich Lehrer den jerman
教师节愉快... china
gelukkig leerkrachten dag belanda
خوش اساتذہ دن urdu
felix dies magistri latin
วันครูมีความสุข thailand
lycklig lärare dag swedish
giáo viên ngày hạnh phúc vietnam
С Днем учителя rusia
gelukkige onderwysers dag afrika


+_= semuanya bermaksud selamat hari guru!!=_+

SeLaMat HaRi GuRu! TeMa Hari GuRu!



  1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
  41. 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara

Ahad, 15 Mei 2011

Kisah Seorang Cikgu Tadika



Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : Nampak.
Amin : Cikgu ada kan?
Murid-murid : Ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : Tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : Tak ada.



http://www.iluvislam.com

Guruku..guruku..

http://langitilahi.com/2011/05/15/guruku-guruku/

Jumaat, 13 Mei 2011

12 Tip Senaman untuk Pelajar di Asrama


Kehidupan sebagai pelajar di asrama buat kali pertama samada di sekolah atau di kolej pasti membuat anda 'culture shock'. Secara tiba-tiba anda kena duduk dengan orang yang anda tak pernah kenal di ruang yang terhad yang jauh berbeza dengan kehidupan yang selesa di rumah sendiri. Secara tiba-tiba juga anda rasa yang kehidupan anda seperti sudah diatur dan anda terikat untuk melakukan sesuatu contohnya nak pergi mana, pergi dengan siapa, pukul berapa kena balik, pukul berapa kena tidur, pukul berapa kena bangun dan banyak lagi.
Maklumlah, masa jadi pelajar ni lah nak belajar hidup bersama orang lain, belajar sesuaikan diri dengan situasi yang baru. Semua ini sebenarnya boleh mempengaruhi kesihatan anda kerana anda mempunyai pilihan yang terhad untuk makanan yang anda makan. Sebab biasanya makanan dah disediakan di dewan makan.
Anda hanya punya dua pilihan samada anda mahu makan atau tidak. Dan saya pasti jika anda tidak makan makanan yang disediakan, anda pasti akan menggantikan dengan makanan ringan untuk mengisi perut anda. Di dalam bilik di asrama pula, ruang adalah sangat terhad. Selangkah ke kiri dah jumpa katil kawan, selangkah ke kanan dah jumpa locker pulak. Selangkah ke depan dah jumpa pintu bilik. Apa yang boleh dibuat di bilik adalah mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam atau berborak-borak dengan rakan anda.
...Kajian juga mendapati kebanyakan pelajar akan makan makanan tambahan sebanyak 500 kalori di antara pukul 8 malam sehingga 4 pagi...
Pilihan makanan dan ruang yang terhad serta amalan berjaga malam merupakan antara faktor seseorang itu bertambah berat badan secara tidak sedar. Kajian juga mendapati kebanyakan pelajar akan makan makanan tambahan sebanyak 500 kalori di antara pukul 8 malam sehingga 4 pagi. Lepas makan, dah kenyang, mengantuk dan terus tidur pulak tu. Mana taknya berat badan bertambah, kan?

Crash Diet Untuk Cepat Kurus?

Memang benar di peringkat remaja ini masih lagi membesar dari segi ketinggian, struktur tulang, dan berat. Tapi tak salah kan kalau kita ambil langkah berjaga-jaga dari awal. Tak lah nanti dah terhantuk baru tengadah. Bila dah overweight, baru nak diet. Diet yang sihat tak apa juga, ini kalau amalkancrash diet sebab nak kurus cepat, itu yang akan memudaratkan diri sendiri tu. Jadi, amalan makan makanan berkhasiat, tidur yang cukup, dan aktifkan diri seperti berjalan instead of naik shuttle busmungkin dapat membantu. Apa yang paling penting, anda boleh bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, itu lebih baik. Senaman pula haruslah ada tiga komponen ini iaitu: 1. Kardio / Aerobik akan membantu membakar kalori, melatih badan menggunakan lebih banyak lemak sebagai sumber tenaga, menguatkan degupan jantung, dan juga dapat mengurangkan tekanan. Cuba target lakukan senaman ini 30-60 minit untuk 3-6 kali seminggu. 2. Latihan kekuatan akan membantu anda untuk membina otot. Jika anda tidak membuat latihan kekuatan, anda akan kehilangan otot tersebut and metabolisme badan anda akan menjadi sangat rendah. Oleh itu, cuba buat workout 2 kali seminggu. 3. Regangan atau latihan fleksibiliti boleh membantu anda meningkatkan tahap kecergasan serta mengurangkan risiko kecederaan selepas anda melakukan aktiviti senaman. Lakukan regangan setiap kali selepas workout dan bila-bila anda mahu merehatkan badan. Tapi, bagi anda yang mempunyai ruang yang terhad seperti di asrama, bagaimana anda dapat menggunakan sebaik-baiknya ruang yang anda ada untuk melakukan senaman? Di sini saya ada beberapa cadangan yang anda boleh lakukan di ruangan terhad anda itu:
  1. Berkawad setempat.
  2. Melakukan side steps atau melakukan langkah ke kiri dan ke kanan dengan hujung jari kaki mencecah lantai.
  3. Jogging setempat atau berlari setempat dengan mengangkat lutut 90 darjah.
  4. Melompat bintang setempat.
  5. Membuat gerakan kickboxing – front kicks, squats, side kicks, menumbuk.
  6. ON mp3 player anda dan menari sampai berpeluh
  7. Anda juga boleh buat jumping rope kalau ruang di bilik anda mengizinkan. Aktiviti ini boleh membakar jumlah kalori yang tinggi! Kalau tak muat, anda boleh imagine yang anda sedang melakukan jumping rope dengan menggerakkan tangan dan pergelangan tangan anda, lompat setempat, lompat menggunakan sebelah kaki, atau apa sahaja aktiviti yang boleh membuat jantung anda berdegup pantas.
  8. Ini aktiviti yang paling saya suka. Buka youtube, cari atau download video workout atau aerobik, dan ikut! Lihat bentuk badan pengajar di video tersebut pun boleh membakar semangat anda untuk bersenam dengan lebih kuat supaya boleh dapat bentuk badan yang sama juga. :D
  9. Buat pushups menggunakan hujung katil atau di atas lantai.
  10. Buat sit up.
  11. Kalau anda anda duit lebih, anda boleh mula membeli dumbell untuk melakukan latihan kekuatan otot.
  12. Turun dan naik tangga atau berlari sekeliling asrama anda.
Kehidupan di asrama bukanlah sesuatu yang sukar. Anda tidak boleh meletakkan kehidupan di asrama sebagai penyebab anda kekurangan masa dan ruang untuk menjalani kehidupan yang sihat. Ini kerana bilik anda yang kecil di mana anda tidur, belajar, berborak bersama rakan itu juga boleh dijadikan sebagai gim peribadi anda. Jika anda mula amalkan amalan rajin bersenam ini dari awal, beberapa minit sehari, beberapa hari dalam seminggu, pasti anda dapat melihat perubahan bentuk badan anda, kesihatan yang lebih baik, dan minda anda juga akan tenang dan segar. Dan ini adalah salah satu cara anda akan buat pengalaman anda tinggal di asrama sebagai satu pengalaman yang terindah!

Selasa, 10 Mei 2011

Ibu, Mak, Mummy, Mama


Saat kamu berumur 1 tahun,dia menyuap dan memandikanmu..
*sebagai balasannya kamu menangis sepanjang malam..
saat kamu berumur 2 tahun dia mengajarmu cara berjalan..
*sebagai balasannya kamu hilang semasa dia memanggilmu..
Saat kamu berumur 3 tahun, dia memasakkan semua makanananmu dengan kasih sayang..
* sebagai balasannya,kamu buang piring berisi makanan ke lantai..
Saat kamu berumur 4 tahun,dia memberimu pensil warna.. sebagai balasannya, kamu menconteng dinding rumah dan meja makan..
Saat kamu berumur 5 tahun, dia membelikanmu pakaian-pakaian yang mahal dan indah..sebagai balasannya, kamu memakainya untuk bermain lecak lumpur dekat rumah..
Saat kamu berumur 6 tahun,dia mengantarmu pergi ke sekolah..Sebagai balasannya, kamu berteriak "tak nak sekolah!!" dan kamu mahu dia menemani kamu sehingga habis waktu sekolah..
Saat kamu berumur 7 tahun, dia membelikanmu bola..Sebagai balasannya,kamu lemparkan bola ke tingkap jiran..
Saat kamu berumur 8 tahun dia memberimu ais krim..Sebagai balasannya,kamu tumpahkan hingga mengotorkan seluruh bajumu..
Saat kamu berumur 9 tahun,semasa dia mengajarmu mengaji al-Quran..Sebagai balasannya, diam-diam kamu buka tv disaat dia mahu ke dapur mematikan punat dapur gas..
Saat kamu berumur 10 tahun, dia mengantarkanmu mengaji al-Quran kerumah Ustaz Salleh sebab kamu kata bosan mengaji di rumah..Sebagai balasannya, kamu singgah rumah Pak Maon intai orang belajar silat..
Saat kamu berumur 11 tahun, dia membelikan basikal yang baru kerana alasan kamu basikal lama tak up to date..Sebagai balasannya,kamu menunggang dengan membuat aksi ala-ala mat rempit..
Saat kamu berumur 12 tahun, dia melarangmu untuk melihat rancangan  TV untuk golongan atas 18 tahun..Sebagai balasannya, kamu tunggu dia tidur..
Saat kamu berumur 13 tahun, dia menyarankanmu untuk memotong rambut, kerana sudah waktunya..Sebgai balasannya, kamu katakan dia tidak tahu selera remaja..
Saat kamu berumur 14 tahun,dia suruh kamu menutup aurat..Sebagai balasannya, kamu, "panaslah mak!"..
Saat kamu berumur 15 tahun, dia ingin bersembang-sembang dan bermesra dengan kamu..Sebagai balasannya, kamu kunci pintu bilikmu..
Saat kamu berumur 16 tahun,kamu minta topupkan kredit hand phone kamu..Sebagai balasannya, kamu bukan menalifon dia malah bergayut dengan boyfriend/girlfriend kamu..
Saat kamu berumur 17 tahun, dia memberi kamu wang saku untuk keperluan sekolah dengan meminjam wang dari Pak Muluk atau menggunakan kad kredit.. Sebagai balasannya,kamum membelanja kawan-kawan kamu makan..
Saat kamu berumur 18 tahun,dia menangis terharu ketika kamu lulus SPM..Sebagai balasannya, kamu sibuk minta hadiah..
Saat kamu berumur 19 tahun, dia membayar pendaftaran kamu di IPT dan mengantarmu ke kampus pada hari pertama..Sebagai balasannya, kamu minta diturunkan jauh dari pintu gerbang agar kamu tidak malu di depan teman-temanmu...
Saat kamu berumur 20 tahun, dia bertanya, "dari mana saja seharian ini?" Sebagai balasannya, kamu jawab, "Ah,emak ni,adalah urusan, kan saya dah besar!"
Saat kamu berumur 21 tahun,dia menyarankanmu satu pekerjaan yang bagus untuk masa depan.. Sebagai balasannya,kamu katakan.." Saya tidak mahu jadi seperti emak."
Disaat 22 tahun tatkala dia sentiasa bersedia untuk mahu berkongsi masaalah kepada kamu..Sebagai balasannya kamu lebih suka berkongsi masalah dengan kekasih kamu, siap menceritakan kelemahannya dengan kekasih kamu..
Saat kamu berumur 23 tahun, dia memelukmu dengan haru saat kamu melepasi hari Konvokesyen..Sebagai balasannya,kamu kata,cepat sikit mak saya nak ambil gambar dengan kawan-kawan..
Saat kamu 24 tahun bila dia mencadangkan calon menantunya yang beriman dan soleh. Sebagai balasannya kamu kata, "alah mak yang nak kahwin kan saya,ikut selera saya lah."
Saat kamu 25 tahun, dia menasihatkan isteri/suami kam.. Sebagai balasannya kamu kata "Emak,emak telah mengecilkan hati suami/isteri saya"
Saat kamu berumur 26 tahun, dia memberikan kamu petua untuk menjaga bayi. Sebagai balasannya, kamu katakan padanya, "Emak, sekarang zaman dah berubahlah!"
Saat kamu berumur 40 tahu,dia menasihatkan cucunya agar mengerjakan solat.. Sebagai balasannya  kamu kata "emak, emak janganlah masuk campur urusan keluaga saya, tahulah kami apa nak buat.."
Saat kamu 45, emak menelefon kamu semasa kamu bermesyuarat..Sebagai balasannya "maaf mak saya tengah meeting,nanti saya panggil balik" dia pun menunggu nunggu panggilan dari kamu, tapi tak kunjung tiba..
Saat kamu berumur 50 tahun, dia sakit-sakit sehingga memerlukan perawatanmu..Sebagai balasannya, kamu kata, susahlah nak mintak cuti..
DAN HINGGA SUATU HARI..dia meninggal dunia dengan tenang..
Dan tiba-tiba kamu teringat semua yang belum pernah kamu lakukan untuknya,dan sekarang anak-anak kamu talah melakukan apa yang telah kamu lakukan kepadanya. Kamu tidak sempat meminta maaf padanya.
وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُ ۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنٍ۬ وَفِصَـٰلُهُ ۥ فِى عَامَيۡنِ أَنِ ٱشۡڪُرۡ لِى وَلِوَٲلِدَيۡكَ إِلَىَّ ٱلۡمَصِيرُ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Surah Luqman 31: Ayat 14) 



http://www.iluvislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...