Powered By Blogger

Selasa, 1 Februari 2011

10 Fakta Mengenai Sinetron Indonesia

EPISOD YANG PANJANG
 Ni memang sudah menjadi kebiasaan bagi sinetron.Kalau tak melebihi 70 episod ke atas memang tak sah kalau bagi mereka.kadang-kadang paling tinggi 100 lebih.Penulis skrip  dan pengarah kat sana memang banyak idea dan fantasi,imaginasi dan halusinasi yang tahap maksimum.kalau yang episode awal-awal bukan main syok lagi korang tengok kan.tapi bila je masuk episod ke 30,40 ke atas bukan setakat tak nak tengok,nak jelling pun rasa ngeri kan? Bayangkan kalau dijadikan novel,boleh kalah Kamus Dewan yang ada kat Malaysia tuh.time nak baca pulak 365 rasa belum cukup kan?

NAMA-NAMA WATAK YANG PELIK
Walaupun Malaysia dan Indonesia negara yang serumpun,tetapi nama warga kita dengan warga dia memang jauh berbeza.Buktinya bila tengok je sinetron macam-macam nama pelik yang ada.
Marsyanda ,Chaca,Kejora,Bintang,Mentari,Rembulan macam-macam

WATAK  ANTAGONIS
Watak antagonist atau watak jahat antara ciri-ciri citer Indonesia.Kalau takde watak cenggini memang tak boleh dianggap citer Indonesia.watak ni bukan sorang dua kadang satu family pon ade
Macam-macam diorang buat.konspirasi la itu ini dan yang menjadi mangsa ialah watak utama aka hero dan heroin.

WATAK BAJINGAN/ORANG SURUHAN
Kalau ada watak antagonis mesti ada watak orang suruhan.Biasanya si watak jahat akan bagi juta-juta(rupiah jelah) suruh buat khianat kat Hero atau Heroin.Kalau nak cenggitu kat watak utama sure ada babak-babak kejar-mengejar.Penampilan diorang tak sah kalau tak pakai Jean dengan jaket.pastu gelang besi berkilo-kilo kat tengkuk dengan tangan.

WATAK BARU
Watak baru akan sentiasa muncul demi memanjangkan citer.Mula-mula orang tu keluar lepas 20, 30 episod lepas akan dimatikan dengan cara mati kena tembak,mati sebab sakit,mati dan segala macam jenis mati lagi la.Bila nak habis je kita boleh tau berpuluh-puluh watak yang ada kat dalam citer tu.

PELAKON WANITA TERLEBIH SOPAN
Bila tengok je citer dia memang sah-sah takkan terlepas tertengok cewek-cewek yang pakai seksi
Kalau pakai singlet,shorts macam dah biasa dah bagi diorang.Satu lagi kalau pakai gaun tu mesti yang paras lutut.Kalau nak tengok pakai tutup-tutup payah nak dapat kecuali Drama Islamik .Sekarang semakin ramai anak dara kat malaysia jadi terikut-ikut dengn cara diorang


KONFLIK,KONFLIK DAN KONFLIK..
Dah nama pun citer Indonesia habis je satu konflik timbul pulak konflik yang lain.Setap episode mesti ada scene-scene yang suspend.Konflik tu kalau nak reda bukan 2,3 episod kadang-kadang seminggu pun belum tentu lagi


 BUKAN KELUARGA SEBENAR
Ni jugak antara tema sesebuah sinetron seberang.Mula-mula watak utama hidup aman damai dengan keluarga dia.Lepas je 20,30 episod baru taw yang dia tu bukan anak sebenar.Pastu jumpa balik dengan keluarga asal.Lepas je duk dengan keluarga kandung macam-macam hal pulak yang timbul.

 KISAH MISKIN DAN KAYA
Ini realiti citer-citer dari sana.Kalau tak yang si hero tu miskin mesti si heroin jadi miskin dan sebaliknya jadi kaya-raya.Nak je bercinta macam-macam halangan yang muncul.Antaranya mesti mak si kaya yang rambut macam sarang tebuan tuh  mesti haling cinta terlarang diorang

CINTA 3 SEGI
Boleh dikatakan seratus peratus tema sinetron Indonesia pasal cinta segi.Dalam citer tu mesti ada 2 cewek yang nakkan Hero yang tak seberapa nak ganteng tuh! Tak pun 2 cowok yang berebutkan sorang Heroin.Macam-macam konflik yang berlaku semata-mata nak dapatkan cinta sejati konon!

3 ulasan:

  1. betul lah...tau kat ne nih..hahha..ni mesti suke tgk cite indon eh...

    BalasPadam
  2. yang tak leh bla..mesti ada bu peri22..hahaha..is bu peri akan tolong budak pmpuan yang dianiaya..terlalu baik tapi terlalu bodoh..hahahhaha...

    BalasPadam
  3. asma laili:dolu-dolu ade la sesikit +_+
    abg ridzuan:kecian bdk2 zman skang dibiarnya kene tipu dgn bu peri(ahh brensek!)huhu *_*

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...