Orang Arab memberi nama bulan-bulan ini dengan melihat keadaan alam dan masyarakat pada masa-masa tertentu sepanjang tahun.Sekarang ianya masih diterima pakai.Berikut adalah nama-nama bulan dalam Islam
Muharram:
Ertinya yang diharamkan atau menjadi pantang larang.Dinamakan Muharram kerana pada bulan itu dilarang menumpahkan darah atau berperang
Safar:
Maksudnya kosong.Penamaan Safar terjadi kerana pada bulan itu,semua orang lelaki Arab zaman dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau,berniagadan berperang sehingga pemukiman mereka tiada orang lelaki
Rabiul Awal:
Ertinya berasal daripada perkataan Rabi'(menetap)Awal(pertama).Masa kembalinya kaum lelaki yang telah meninggalkan rumah atau merantau..Pada bulan ini juga banyak berlaku peristiwa bersejarah bagi umat Islam
Rabiul Akhir;
Maksudnya masa menetap kaum lelaki di rumah untuk tempoh penghabisan
Jamadil Awal:
Ertinya Jumadi(kering) dan Awal (pertama).Bulan ini merupakan awal musim kemarau.apabila masalah kekeringan terjadi
Jamadil Akhir:
Maksudnya musim kemarau yang penghabisan
Rejab:
Ertinya mulia.Ini kerana bangsa arab masa dahulu sangat memuliakan bulan ini antaranya dilarang perang
Sya'aban;
Maksudnya berkelompok.... orang Arab pada bulan ini biasanya berkelompok mencari nafkah.Peristiwa penting bagiumat Islam yang terjadi ialah pada bulan ini adalah perpindahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah (Baitullah)
Ramadhan:
Ertinya sangat panas.Bulan inisatu-satunya bulan yang disebut dalam Al Quran.Satu bulan yang memililki keutamaan,kesucian dan pelbagai keistimewaan
Syawal:
Maksudnya kebahagian,iaitu kembalinya manusia ke dalam fitrah(kesucian) selepas menunaikandan membayar zakat fitrah serta saling bermaaf-maafan.Itulah maksud membahagiakan.
Zulkaedah:
Ertinya Zul(pemilik)dan Kaedah(duduk).Bulan ini merupakan waktu istirehat kaum lelaki Arab zaman dahulu.Mereka menikmatinya dengan beristirehat di rumah mereka.
Zulhijjah:
Maksudnya menunaikan haji,bulan ini umat Islam sejak Nabi Adam A.S menunaikan ibadah haji
(Sumber:Kosmo 7/12/10)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan